Just an ordinary girl who love explore a new thing , love traveling and always try to be the best for all the thing that i do .
salam
Isnin, 18 April 2016
KANDUNGAN AIR DALAM TUBUH BADAN
Keperluan air dalam badan yang di perlukan oleh lelaki adalah 65% manakala bagi perempuan pula memerlukan 55%. Air memainkan peranan penting dalam tubuh badan yang mana air berfungsi untuk melaraskan suhu tubuh badan, sebagai agen pengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh sel tubuh badan. Air juga melindungi sendi serta organ dan tisu.
Oleh kerana itu tanpa makanan manusia boleh hidup selama 8 minggu, tetapi tanpa air manusia hanya mampu bertahan selama 3 hari sahaja.
Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.
Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan.
Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.
Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari.
Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan