salam


Isnin, 18 Mei 2020

Resepi Pechel Johor ( Pechel jawa) original recipe

Resepi Pechel Johor ( Pechel jawa)




Hello dan Assalamualaikum readers authornim yang disayangi sekalian . Maaf lama authornim tak pos entry baru , maklumlah sejak-sejak ni memang authornim busy sikit , tambahan musim pandamik COVID-19 ni authornim banyak kena oncall . Sesungguhnya authornim sangat rindu nak menulis lagi hehehe . 

Dikesempatan ni authornim nak kongsi satu resepi favorite authornim , makanan yang authornim akan request pada ibu authornim tiap kali balik kampung . Nama makanan ini adalah Pechel Jawa (rojak jawa) , maklumlah authornim ni orang melayu-jawa , jadi memang influence jawa dalam diri ni tinggi sikit , hehehe .

 Okay lah , resepi ini memang turun temurun dari keluarga authornim , akan datang kalau ada kesempatan authornim update lagi makanan jawa lain , contohnya kluban/keluban . Resepi pechel ni kadang-kadang lain keluarga , lain resepinya . Jadi , yang ini authornim share resepi dari keluarga auhornim. 

Mari cuba ! 💕


Bahan-bahan 

Pucuk ubi  
Betik muda ( Disagat )
Taugeh
Tahu
Tempe
Timun ( Disagat )


(B) Bahan Kuah - 6 orang makan

Bawang merah – 5 Biji
Bawang putih - 3 ulas
Ikan Bilis / serbuk ikan bilis – secukup rasa
Belacan tumbuk - 1 sudu
Cili akal – 10 tangkai
Cekur – 3 ulas
Kacang Tanah – 1 cawan sedang


Cara memasak :

1. Celurkan Daun pucuk ubi , betik muda yang telah disagat dan taugeh . Timun yang sudah di sagat tidak perlu dicelur . Kadang-kadang kita susah nak cari pucuk ubi kan ? lagi-lagi bila duduk di kota , jangan risau pucuk ubi ni juga boleh digantikan dengan kangkung .

2. Goreng tempe dan tahu sehingga rangup . kemudian potong sesuai selera . 



3. Cara membuat kuah (B)  , Goreng bawang merah , bawang putih , ikan bilis , belacan, cili akal dan cekur sehingga layu  . Goreng kacang tanah secara berasingan sehingga rangup . Jika readers sekalian suka pedas atau tidak , kuantiti cili tersebut boleh ditambahkan atau dikurangkan mengikut selera masing-masing ya .

4. Kisarkan bahan yang telah digoreng tadi (B) sehingga hancur , tapi jangan kisar terlalu halus ya . Kisar seperti agak-agak kuah sate , yang mana kuahnya tidak terlalu kasar dan tidar terlalu halus . Dibawah ni authornim ada kepilkan bersama gambar ,yang mungkin boleh membantu readers sekalian . 



5. Tumiskan bahan yang telah dikisar tadi dengan sedikit minyak masak . Campurkan kira- kira 4 cawan air dan masak sehingga tanak . Letakkan garam dan gula sesuai rasa readers sekalian . Para readers sekalian , adalah amat penting bagi memastikan kuah pecel tanak ya , nanti sakit perut pula kalau tak tanak .  



6. Pechel Jawa sedia untuk dihidangkan . 


Semoga perkongsian authornim kali ini memberi manfaat kepada para readers sekalian . Pecel adalah makanan yag sihat kerana mengandungi sayur sayuran yang berkhasiat , bukan sahaja sihat tetapi ianya juga sedap dimakan . Selamat mencuba 💕


EY 18/5/2020