salam


Rabu, 4 Disember 2019

[PART 1] LIFE IN KOLEJ MATRIKULASI JOHOR 19/20

Hello , Hai Dan Assalamualaikum pada semua readers authornim , bagi yang baru nak masuk matrik tu authornim ucapkan selamat datang ke alam matrik .
Firstly authornim nak ucapkan tahniah , kepada para pelajar yang berjaya terpilih masuk ke matrik , bukan senang ye nak masuk matrik . Roommate authornim dulu sampai 2 kali buat rayuan baru dapat masuk matrik . Maka , mana yang dapat panggilan pertama tu bersyukurlah pada Tuhan .

Ya, benar authornim dulu in 1 shot je dah dapat panggilan matrik , memang sungguh tidak terduga dek akal authornim , sebab matrik bukanlah pilihan pertama . Authornim mohon ipg dulu , kemudian mungkin bukan rezeki authornim , sebab ukcg , kercergasan , temuduga semua lepas tapi disebabkan kekurangan kuota , authornim tak terpilih . Tapi takpa , authornim percaya Allah dah tetapkan untuk authornim takdir yang terbaik . Pada yang dengar ura-ura matrik ni susahlah itulah inilah , jangan percaya , sebab bukan susah di matrik . Cuma belum biasa , sebab kita berada di alam baru , bukan lagi di alam persekolahan  .

Logo kolej matrikulasi johor


Nak dijadikan kisahnya , Authornim ditempatkan di Kolej Matrikulasi Johor , Alhamdulillah authornim bersyukur sangat-sangat sebab Kmj dekat sangat dengan rumah authornim , plus minus 10 minute dah sampai . Masa baru masuk dulu , memang tiap minggu balik rumah bila outing . Kelakar bila ingat balik , maklumlah authornim bukan pelajar hostel waktu sekolah menengah , walaupun sekolah authornim dulu ada hostel . hihihi .

Alhamdulilah , sepanjang kehidupan di matrik authornim ditemukan dengan orang-orang yang baik , yang rajin belajar dan saling ingat-mengingati . Family L1SP6 dan Family K6MSP22 💓 .


{Family L1SP6}


{ Family K6MSP22}

________________________________________________


Jujur authornim cakap , di KMJ suasana nak belajar amatlah baik , kemudahan nak belajar semua lengkap . Authornim yang kurang semangat masa mula-mula masuk matrik ni pun jadi semangat nak
belajar . Kalau tanya about homework , assignment biasalah tu , memang ada cabarannya tapi InshaAllah dengan semangat dan kesungguhan mesti boleh dapat result yang terbaik .

  • Bagi PST/S2S assignment (40% pb) hanya ada 1 sahaja bagi setiap subject , tapi dalam 1 assignment itu terbahagi kepada 3: Individual , Grouping , Presentation . 
  • Bagi PDT/S4S pula akan ada 4 Assignment (60% pb) iaitu Individual , Grouping (Model) , Video , Presentation .
  • Bagi account , assingnment (40% pb) . Authornim bukanlah pelajar account , authornim tak berani nak nyatakan takut salah info . Tapi kalau ada info-info lain , InshaAllah authornim bantu dan update di sini .

Bagi waktu kuliah , kalian dinasihatkan jangan sesekali tidur!, mengantuk tu biasa , tapi kena teruskan perjuangan , kerana kuliah cover a whole chapter , sekurang-kurangnya anda perlu faham 60% of the kuliah , kalau tak akan mengundang kesukaran bila nak study balik nanti  memang nampak banyak , tapi nothing is impossible until its done! . Kalau tak faham , pergilah berjumpa lecturer anda , jangan risau semua lecturer di KMJ adalah baik-baik belaka , sporting . Biasanya 1 dewan kuliah kecil akan ada 4 praktikum sekali kuliah . Tapi kalau dewan kuliah besar ada 6 praktikum , biasanya la .

Dewan kuliah kolej matrikulasi johor

Praktikum MS22 di Dewan Kuliah Kecil 4, DKK4 bagi kuliah biologi ✌
praktikum lain dah balik awal 

_________________________________________________


Okay , lets start dengan subject di matrik dulu okay , kemudian akan authornim ceritakan pula dengan aktiviti dan kehidupan hostel di kmj .

Di matrik terdapat 4 subject teras mengikut modul

  1. Modul 1 - Physic , Chemistry , Mathematics , Biology  
  2. Modul 2 - Physic , Chemistry , Mathematics , Science Computer 
  3. Modul 3 - Chemistry , Mathematics , Biology , Science Computer
  4. Account - Accounting , Economy , Business , Mathematics   

2 subject wajib :
  1. KO-K 
  2. English
  3. Pengajian Am 
  4. Pendidikan Islam / moral 


Alright , now lets start with Q&A . Authornim tahu sebenarnya part ni yang paling excited , sebab dulu authornim pun macam anda semua juga , hihihi . Okay mari mulakan dengan soalan top yang selalu di tanyakan oleh para pelajar , sesetengah soalan ni authornim dapat dari beberapa individu yang email tanya pada authornim .

1. Di Matrik ni etika pemakaian macam mana? Kasut pvc tu nak pattern yang macam mana? 

Macam ni cerita dia , baju bagi pelajar lelaki (Ahad-Rabu) adalah kemeja dan seluar slack , formal macam nak pergi temuduga tu . Tie wajib ye . Tapi , di Kmj pada khamis , pelajar lelaki digalakkan pakai baju melayu , tapi boleh je nak pakai baju formal biasa tu . Segak uihh tengok student lelaki pakai baju melayu hari khamis , rasa mcam nak hari-hari hari khamis , ahahha jkjk .

Bagi pelajar perempuan , baju adalah baju kurung , sama ada kurung biasa atau kurung moden . Baju pattern pelik-pelik tu boleh tapi , jangan la melewah sangat macam nak pergi kenduri kahwin tu . Nak belajar ke nak pi kenduri ? Ahahaha . Untuk student perempuan melayu terutamanya , TIDAK DIBENARKAKAN SAMASEKALI ke kelas memakai jubah atau seluar dan blouse . Boleh pakai seluar time KO-K je ya . Tapi kalau tudung tu , pattern apa-apa pun boleh je . Kasut bagi perempuan tak tumit pun tak apa , janji bertutup .

Ni , authornim tunjukkan gambar supaya lebih jelas . Jenama apa-apa tak kisah ya , authornim tunjukkan sahaja mana yang ok, mana yang tak ok . Gambar ni semua authornim ambil random sahaja di internet .



Kod pemakaian 

Contoh kasut pelajar lelaki




Contoh kasut pelajar perempuan

2. Kuliah , tutorial , amali tu apa ? apa je yang perlu bawa ke class ni ? 

Untuk kuliah dan tutorial macam biasa kita akan bawa nota kuliah , notes dan buku tutorial . Nota di matrik ni biasanya student kena print sendiri dari portal dengan menggunakan username : No matrik dan password : no kad pengenalan . Digalakkan print awal sebelum class bermula . Sometime lecturer tolong printkan , tapi tengok nasib awak la dapat lecturer macam mana , huhuhu . Di matrik ni , student akan banyak menggunakan test pad , authornim nasihatkan beli banyak terus senang . Tapi kalau dulu , authornim akan gunakan buku panjang je terus , sebab guna test pad nanti tak jumpa nota , lagi-lagi bila nak dekat exam . Senang nak rujuk .

Amali , akan ada dapat buku amali dan jotter book , kita kan guna buku tu sahaja . Amali kita akan buat experiment , kolej akan provide lab coat untuk setiap seorang tak perlu bayar sebab dah termasuk dalm yuran . Bagi amali ni , akan ada practical test dimana ia termasuk dalam markah penilaian berterusan . Kalau dulu , bila lecturer umum practical test dah nak dekat tu tandanya , nak habis sem dah tu maksudnya . Lagi satu tanda matrik ni dah nak habis , bunga putih berguguran . Memang nak habis lah tu maksudnya . Nanti dah masuk matrik jumpa la bunga putih tu kat mana .

Sementara authornim teringat ni , authornim nak beritahu yang di matrik kita digalakkan menggunakan calculator Scientific Calculator  FX-570ES Plus bukan lagi Scientific Calculator FX-570MS . Sebab banyak equation akan dapat kita masukkan , in other word , its make our math easier . Tapi kalau nak stay menggunakan calculator zaman sekolah tu pun boleh je , tak ada masalah . Ikut keselesaan masing-masing .

 Scientific Calculator  FX-570ES Plus


3. Laptop nanti nak guna ke ? Printer nak kena bawa tak? Di sana disediakan tak komputer , printer semua tu ?

Pada pendapat authornim , laptop dan printer tu perlu , lagi-lagi bila nak buat assignment lagi-lagi yang S2S . Kalau nak jimat guna je komputer kolej , free , tapi tu lah , komputer kolej ni terhad waktu penggunaannya . Tak ada laptop , notebook pun okay je . 
Kalau printer tu boleh je print di siswa , boleh print on the spot .

Laptop dan printer ni bawah tanggungjawab sendiri ya , hati-hati jaga barang berharga . Sebelum authornim terlupa . laptop dan printer ni perlu didaftar di pejabat pengurusan ya .



Okay itu sahaja entry authornim kali ini , jangan risau part 2 , adalah entry authornim berkaitan suasana di asrama KMJ .Authornim akan ceritakan bagaimana suasana dan gambaran di asrama nanti Nantikan ya 💗

Untuk part 2 boleh click sini ➧ Life in KMJ part 2