salam


Isnin, 9 Mei 2016

Peranan Air dalam Tubuh Manusia

Air merupakan sumber kehidupan pertama bagi manusia, selain haiwan dan tumbuhan tentunya. Banyak sekali manfaat yang diberikan oleh air untuk tubuh manusia.
Pencernaan dan metabolisme   yang lebih baik .Memperbaiki kemampuan dan daya tahan tubuh .
Mengurangi risiko terhadap beberapa macam penyakit ,Senjata ysng berkesan melawan masuk angin 
Melembapkan kulit wajah.Melegakan rasa letih akibat perjalanan yang jauh .Mengatasi migrain / sakit kepala .




AIR ALKALI


Air alkali dalam tubuh di antaranya berfungsi menjaga kesegaran, membantu pencernaan dan mengeluarkan toksin. Banyak manfaat yang diperolehi daripada Air ALKALI (alkaline water), selain kesegarannya. Air alkali dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit dengan cara yang mudah dan murah. 

Antaran 8 manfaat air alkali yang mungkin dapat kita jadikan panduan dan sumber air minuman seharian kita.

1. Melancarkan Sistem Pencernaan
Pengambilan air alkali dalam jumlah yang cukup setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan sehingga kita akan terhindar dari pelbagai masalah pencernaan seperti sembelit. 

 2.Membantu Melambatkan pertumbuhan Zat-Zat Penyebab Kanser
Meminum air alkali membantu mencegah penyakit ginjal / masalah buah pinggang dan hati. Minum air alkali akan membuat tubuh lebih bertenaga.

3. Perawatan Kecantikan
Bila kurang minum air alkali, tubuh akan menyerap kandungan air dalam kulit sehingga kulit menjadi kering dan berkerut. Selain itu, air alkali dapat melindungi kulit dari luar, sekaligus melembabkan dan menyihatkan kulit. 

4. Untuk Kesuburan
Meningkatkan produksi hormon testosteron kepada lelaki serta hormon estrogen pada wanita. Mandi dengan air alkali dingin akan meningkatkan produksi sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan kemampuan seseorang terhadap serangan virus.
Bahkan, mandi di waktu pagi dapat meningkatkan produksi hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita. Selain dapat membaiki jaringan kulit, kuku lebih sihat dan kuat, tak mudah retak.

5. Menyihatkan Jantung
Air alkali juga diyakini dapat membantu menyembuhkan penyakit jantung, rematik, kerosakan kulit, penyakit usus, dan penyakit kewanitaan.

6. Sebagai Ubat Stroke
Air Alkali juga berkesan untuk mengubati lumpuh, seperti akibat stroke. Sebab, air tersebut dapat membantu memperkuat kembali otot-otot dan ligamen serta memperlancar sistem peredaran darah dan sistem pernafasan, meningkatkan pengaliran darah dan oksigenisasi jaringan, sehingga mencegah kekakuan otot. Kandungan ion-ion terutama khlor, magnesium, hidrogen karbonat dan sulfat dalam air panas, membantu pelebaran pembuluh darah sehingga meningkatkan pengaliran darah. Selain itu pH airnya mampu mensterilkan kulit.

7. Kesan Relaksasi
Air alkali mengandung ion negatif mampu meredakan rasa sakit, meneutralkan racun, memerangi penyakit, serta membantu menyerap dan memanfaatkan oksigen. Ion negatif dalam aliran darah akan mempercepat penghantaran oksigen ke dalam sel dan jaringan. Selagi kaki terasa pegal kita sering dianjurkan untuk merendam kaki dengan air hangat dicampur sedikit garam. 

8. Menguruskan Badan
Bagi yang ingin menguruskan badan, minum air alkali hangat sebelum makan (sehingga merasa agak kenyang) merupakan satu cara untuk mengurangi jumlah makanan yang masuk. Apalagi air alkali ini tidak mengandung kalori, gula, ataupun lemak. Namun yang terbaik adalah minum pada suhu sederhana, tidak terlalu panas, dan tidak terlalu dingin


                                                                        AIR NANO

Kebaikan Air Nano

Ciri-ciri  :

1.Antioksida tinggi
2.pH beralkali
3.bermineral dan beraura


Tahukah Anda?
Air Nano berupaya untuk menghilangkan keletihan, meningkatkan daya imunisasi. Ianya membekalan oksigen dalam air, kandungan molekul-molekul dalam airnya halus serta senang diserap oleh tubuh badan kita. Rasa mengantuk dan keletihan pun boleh hilang.

.Minum air nano boleh menghilangkan kesan sampingan kepada wanita hamil dan bayi menjadi sihat.

.Ia juga dapat mengekalkan kelembapan dan pH kulit dengan seimbang. Mencuci muka menggunakan air nano muka lebih bersih, segar, lebih tegang serta dapat mengurangkan jerawat dan bintik-bintik hitam. 

.Nasi dan bubur yang dimasak dengan air nano akan menjadi lebih sedap, berkhasiat dan tahan basi.

.Air minuman buatan air nano (teh atau kopi) lebih sedap dan beraroma

.Minum air nano boleh membantu melangsingkan badan, lebih ceria dan yakin

.Digunakan untuk mencuci luka dengan air nano, darah cepat berhenti dan cepat sembuh

.Makanan laut seperti ikan, udang dan sotong yang direndam dan dicuci dengan air nano akan hilang bau hanyir dan lebih segar

.Sayur-sayuran dan buah-buahan yang direndam dengan air nano akan menjadi lebih segar kerana bahan kimia boleh disingkirkan.

.Mandi dengan air nano boleh menghilangkan keletihan. Masalah kelemumur, kulat air dan kudis juga dapat diatasi.

.Berfungsi melawan penuaan (antioksida)dan meremajakan sel-sel badan sehingga 5 hingga 10 tahun

.Rendam kaki dengan air nano dalam 35 darjah celcius boleh melegakan kepenatan dan menyahtoksik, menyembuhkan masalah kaki


                                                   AIR REVERSE OSMOSIS

RO (Reverse Osmosis) Water atau air osmosis berbalik sebenarnya tidak baik untuk diminum. 


1. TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG ZAT
Air R.O adalah air paling kosong. Dikenali juga sebagai air mati. Memang bersih dan bebas daripada kuman tetapi tidak membawa manfaat kepada keperluan kesihatan kita. Kita hendak keluarga kita minum air yang berzat, bukannya air kosong.


2. TIDAK ADA ELEKTROLIT MINERAL (AMAT BERBAHAYA!!!)
Apabila sesuatu air tidak ada elektrolit mineral, ia amat cepat menyerap radikal bebas daripada makanan yang masuk ke dalam badan kita. Radikal bebas memang kita ketahui merupakan penyebab utama pelbagai penyakit berbahaya di dunia ini. Radikal bebas ini pula akan digunakan di mana sahaja air itu sampai. Jika air itu digunakan di otak, maka radikal bebas akan ke otak. Kalau air itu beroperasi di jantung, paru-paru, buah pinggang, usus-usus dan lain-lain, maka ke situ jugalah radikal bebas tadi akan beroperasi sama. Alangkah bahayanya !


3. MELEMAHKAN SISTEM PERTAHANAN / IMUN BADAN
Oleh kerana air R.O tidak ada sebarang zat, maka apabila ia masuk saja ke dalam tubuh, ia juga akan menyerap / mencuri zat-zat yang ada dalam tubuh kita. Hukumnya sama seperti gula biasa yang kita gunakan. Oleh kerana ia tiada sebarang zat/ nutrien, maka ia akan mencuri zat daripada badan kita sebaik sahaja ia masuk ke dalam badan. Ini amat berbahaya terutamanya kepada orang yang telah sedia sakit. Sudahlah sakit, akan kehilangan zat pula. Air RO amat bahaya jika diberikan kepada mereka yang sakit. Hentikan hari ini juga.


4. TIDAK ADA MINERAL
Mineral sangat penting untuk tubuh badan kita. Oleh kerana dunia semakin tercemar, maka takungan air mineral hidup ini hanya tinggal 5 tempat sahaja di seluruh dunia . Cuba fikirkan? mengapa kerajaan tidak membenarkan air RO yang dibotolkan dilabel sebagai air mineral- mesti ditulis sebagai air minuman sahaja? Mengapa? Ini kerana air mineral sangat tinggi nilainya dan mesti sah sumbernya, barulah boleh dilabel sebagai air mineral.





Ahad, 1 Mei 2016

Cara menghadapi catuan air | Catuan Air ?

Pada masa sekarang ini, beberapa tempat di Malaysia sedang mengalami catuan air.  Catuan air ini dijangka akan memberi kesan kepada penjagaan kebersihan diri, keluarga, makanan, minuman, pakaian, peralatan, premis serta risiko penyakit. Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh rakyat Malaysia dalam menghadapi catuan air:
  1. Pastikan kebersihan diri, air digunakan dengan berhemah untuk membersihkan diri dari kekotoran. Pastikan, tangan dibasuh dengan menggunakan sabun atau sanitiser selepas menggunakan tandas, sebelum makan dan sebelum mengendalikan atau menyediakan makanan.
  2. Pastikan air disimpan dalam bekas yang bersih dan sentiasa bertutup untuk mengelakkan pencemaran luaran terutamanya jika air tersebut untuk tujuan penyediaan makanan dan minuman. Bekas bertutup juga bagi mengelakkan pembiakan nyamuk.
  3. Masak makanan dengan sempurna pada suhu tinggi 80℃ untuk memastikan bakteria dihapuskan dan tidak menyebabkan keracunan makanan. Pastikan makanan berasaskan daging dimasak dengan sempurna (tiada tanda-tanda mentah).
  4. Pengendali makanan bertanggungjawab memastikan keselamatan makanan yang mereka jual atau hidangkan kepada pengguna. Sekiranya air catuan yang bersih tidak mencukupi, guna air berbungkus yang terdapat di pasaran sebagai pilihan kerana ia lebih selamat.
  5. Penggunaan air perigi untuk memasak makanan dan minuman adalah dilarang kecuali perigi tersebut telah dirawat dengan klorin serta terhindar dari punca pencemaran.
  6. Orang awam perlu sentiasa menjaga kesihatan diri dan mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran dengan segera sekiranya menghadapi masalah kesihatan.
  7. Orang awam juga diingatkan untuk mengambil tindakan mencegah pembiakan nyamuk aedes yang mungkin berlaku dalam air yang disimpan semasa catuan air. Pastikan tiada pembiakan nyamuk aedes di dalam bekas-bekas yang digunakan untuk menyimpan air :-
    • Sering memeriksa takungan air supaya tiada jentik-jentik. Jika ada, buang air tersebut dan bersihkan bekas.
    • Berus dan sental bekas seminggu sekali supaya telur nyamuk aedes tidak melekat pada bekas tersebut dan menjadi jentik-jentik.
    • Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik jika menyimpan air lebih dari 7 hari atau
    • Tutup rapat bekas-bekas tersebut.