salam


Rabu, 6 September 2017

KARANGAN KEPENTINGAN KITAR SEMULA PT3/SPM

            Isu-isu yang berkaitan dengan kitar semula kerap menjadi bahan perbincangan dimedia massa. Pihak kerajaan giat melaksanakan kempen kitar semula di kalanganmasyarakat sejak beberapa tahun yang lalu. Pada pandangan saya, program kitar semula inimasih belum mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat. 

         Terdapat beberapa kebaikan program kitar semula diperkenalkan kepada masyarakat. Antara kebaikan program kitar semula ialah kita dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar. Melalui program kitar semula, bahan-bahan buangan seperti kertas, kaca dan plastikakan dikumpulkan dan dihantar ke kilang kitar semula. Oleh itu, alam sekitar akan menjadibersih kerana bahan buangan tidak dibuang sesuka hati ke dalam sungai, laut atau semak. Sesungguhnya, alam sekitar yang bersih akan menghindarkan kita daripada penyakit yangdibawa oleh nyamuk, lipas dan tikus. 

         Selain itu, program kitar semula dapat menambahkan pendapatan kita. Bahan-bahan buangan seperti plastik, kertas dan besi ada harganya di pasaran. Kita akan memperolehi wang apabila menjual barang-barang ini kepada pihak kilang kitar semula. Wang yang kita perolehi ini boleh digunakan untuk membeli barang-barang keperluan harian kita. 

         Dengan melakukan aktiviti kitar semula, kita juga dapat memupuk nilai-nilai murnidalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai murni tersebut ialah berjimat cermat,bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar. Melalui amalan berjimat cermat, kita akan menggunakan bekas plastik sehingga rosak dan tidak membazir. Melalui amalanbertanggungjawab pula, kita akan mengitar semula barangan yang boleh dikitar semula dantidak akan membuangnya ke dalam semak atau ke dalam sungai.

          Di samping itu, kita dapat menjimatkan sumber alam yang semakin berkurangan.Dengan aktiviti kitar semula kertas-kertas lama, kita dapat mengelakkan penebangan pokokbagi menghasilkan kertas. Kitar semula besi buruk pula dapat mengelakkan logam besi cepathabis. Bagi bahan plastik pula, kita bukan sahaja dapat menjimatkan sumber untuk membuat bahan plastik tetapi kita juga dapat mengelakkan kesan buruk daripada bahan kimia yang dihasilkannya. 

          Aktiviti kitar semula juga dapat membuka satu lagi peluang pekerjaan kepada rakyat dikilang kitar semula. Secara tidak langsung aktiviti ini juga dapat mengurangkan kadarpengangguran di kalangan rakyat. Sesungguhnya, rakyat yang mempunyai pekerjaan akandapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Rakyat yang mempunyai pekerjaan jugaakan terhindar daripada melakukan masalah sosial seperti mencuri dan merompak.

25 ulasan:

  1. esok sya ade oral test pt3 dan ini sangat membantukan saya !

    BalasPadam
  2. eh, bukan awak pun sama ke? Sebab tu kita duduk sebelah2

    BalasPadam
  3. Semoga usaha semua dibalas dengan kejayaan .Do come and visit again! :)

    BalasPadam
  4. saya nak gunakan ini dalam kerja khursus. semoga Tuhan membantu awak

    BalasPadam