salam


Khamis, 20 Julai 2017

Novel SILIR DAKSINA | Nizar Parman

SILIR DAKSINA

NIZAR PARMAN

Sinopsis Keseluruhan :

Haiqal berbekalkan sebuah manuskrip lama yang 
diterima daripada seorang gadis berbangsa Cina yang 
tidak dikenalinya telah pergi ke kampung halaman 
ayahnya, Abdullah Kayan. 
Haiqal dilahirkan di kampung itu 
sebelum menetap di Kuala Terengganu. 
Manuskrip yang 
separuh jalan itu menarik minatnya untuk mengenali 
ayahnya dengan lebih dekat walaupun mendapat tentangan 
daripada uminya yang seolah-olah mahu melenyapkan nama 
Abdullah Kayan dalam hidup Haiqal.
Kehadirannya di Kampung Seri Purnama diterima 
dengan baik oleh masyarakatnya. 
Di kampung itulah dia 
mula membongkar kehidupan sebenar ayahnya melalui 
orang-orang yang rapat dengan ayahnya. 
Watak-watak yang 
dilukiskan oleh ayahnya dalam manuskrip lama itu seolah-
olah cerminan watak-watak sebenar yang wujud di kampung itu. 
Abdullah Kayan bukan hanya penggiat aktiviti 
kebudayaan di kampung itu, malahan beliau merupakan 
seorang guru yang aktif menulis sehingga pernah 
mewujudkan Aksara di kampungnya. Oleh sebab 
kecintaannya terhadap bidang itu, beliau sanggup 
meninggalkan keluarganya di Terengganu dan berpisah dengan Haiqal. 
Perjuangan itu kini diwariskan kepada Haiqal. 
Mampukah Haiqal melaksanakan hasrat ayahnya itu? 
Manuskrip lama itu menyimpan banyak rahsia yang perlu dihuraikan.

Tema:

Novel ini membawa tema kekeluargaan. Konflik keluarga yang dialami 
oleh Haiqal berpunca daripada perceraian ibu bapanya menyebabkan dia 
dipisahkan olh ibunya daripada ayah kandungnya iaiu Abdullah Kayan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan