salam


Rabu, 24 Februari 2016

Cara-cara menjaga kebersihan laut

Kemajuan sesebuah negara diukur daripada pembangunan yang berjaya dicipta oleh negara tersebut. Demi pembangnan negara banyak kos melepas yan terpaksa dibayar bagi memastikan Malaysia maju seperti negara lain di dunia.

 Sebagai negara yang mendukung ungkapan Malaysia Boleh kita semua mahu negara benar-benar "boleh" dalam segala aspek terutama dalam aspek ekonomi dan kebersihan persekitaran .

Sebagai rakyat negara yang prihatin terhadap negara , kita pasti pernah mendengar tentang isu-isu berkaitan dengan kebersihan laut .Sejak kebelangan ini, Isu-isu berkaitan dengan kebersihan laut kerap dibincangkan .

Hal ini kerana , terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab telah mencemari air laut. Perkara ini telah berlaku disebabkan , pihak tersebut telah mencemarkannya dengan keadaan sedar mahupun tidak sedar .

Pada hari ini kita akan membincangkan tentang cara-cara menjaga kebersihan laut di negara kita (karangan ) , bagi meningkatkan kesedaran kepada semua pihak berkaitan isu ini .





Cara-cara menjaga kebersihan laut.

    Isu-isu yang berkaitan dengan kebersihan laut kerap menjadi bahan perbincangan di kalangan nelayan negara ini . Ramai di kalangan nelayan berpendapat bahawa keadaan lau pada masa ini kian tercemar akibat tindakan manusia yang bersifat mengabaikan kebersihan alam sekitar  Saya berpendapat bahawa pencemaran laut tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak . Justeru itu terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan bagi menjaga kebersihan laut.
 
    Antara pihak yang perlu memankan peranan dalam menjaga kebersian laut ini ialah peranan individu atau lebih tepat lagi peranan diri sendiri . Oleh itu ,  setiap individu perlulah menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar . Setiap individu tidak dibenarkan membuang sampah di dalam laut atau kawasan sekitarnya kerana perbuatan tersebt akan menyebabkan kawasan laut akan menjadi kotor . Jika kita terlihat pihak yang cuba mengotorkan air laut , kita hendaklah membuat aduan kepada pihak berkuasa yang berkaitan .

    Selanjutnya , pihak masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam menjaga kebersihan laut . Contohnya , masyarakat tidak boleh menjadikan laut sebagai tempat untuk membuang sampah . Kita sering melihat situasi ini apabila kita berada dikawasan pantai . Masyarakat perlu mengelakkan diri daripada membuang air kumbahan ke dalam laut . Sewajarnya masyarakat mengadakan gotong-royong untuk membersihkan persekitaran laut agar laut berada dalam keadaan yang bersih dan cantik.

    Pegusaha syarikat perkapalan juga wajar memainkan peranan untuk menjaga persekitaran laut . Hal ini kerana pengusaha syarikat perkapalan boleh menasihati anak kapalnya supaya tidak membuang sampah kedalam laut . Syariat perkapalan juga tidak ajar membang minyak hitam ke dalam lat sewaktu pelayaran kerana ia boleh menyebabkan pencemaran laut . Pada masa yang sama , syarikat perkapalan tangki minyak mestilah mengelakkan kemalangan agar minyak yang dibawa tidak tumpah ke dalam laut .

    Disamping itu, pihak pengusaha industri juga boleh memainkan peranan untuk menjaga kebersihan laut . Pengusaha industri tidak boleh membuang sisa toksik yang dikeluarkan oleh kilang ke dalam laut . Sisa toksik hendaklah dilupuskan di tempat-tempat yang di khaskan oleh pihak berkuasa . Selain itu , pihak pengusaha juga hendaklah merawat dahulu air  sebelum dialirkan ke dalam laut bagi mengelakkan berlakunya pencemaran laut .

     Akhir sekali ialah pihak kerajaan . Pihak kerajaan wajib memainkan peranan bagi menyelesaikan masalah ini . Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan bagi menjaga kebersihan laut . Oleh itu , pihak kerajaan boleh mengupah syarikat tertentu bagi membershkan persekitaran laut terutama di kawasan-kawasan pelancongan  . Pihak kerajaan juga boleh mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap pihak yang didapati bersalam mencemarkan laut .

     Sebagai kesimpulan , terdapat beberapa cara yangg boleh dilakukan untuk menjaga kebersihan laut. Kebersihan laut memang patut dijaga kerana di dalamnya terkandung sumber makanan untuk manusia . Pada pendapat saya , pihak kerajaan harus menjaga kebersihan laut kerana laut dan prsekitarannya merupakan aset negara dan kaasan pelancongan negara . Jika laut tercemar , kita tidak dapat  menikmati hasil laut yang segar dan bersih . Sesungguhnya , laut yang bersih akan menjadikan Malaysia sebagai negara yang cantik dan menarik.


7 ulasan:

  1. Terima kasih atas contoh yg diberi ..Ia sangat membantu saya dlm penulisan karangan saya

    BalasPadam
  2. awww,suka tengok u punya karangan and blog ^-^. i love it so much! sgt menarikk!

    BalasPadam
  3. Thank you so much! Your blog layout and writing is soo lovely. May all go well for you, once again, thank youu! :)

    BalasPadam