salam


Jumaat, 26 Februari 2016

Air dari segi kegunaan untuk bersuci dalam Islam.

Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.
Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk :-
Ais (pepejal) <=> Air (cecair) <=> Wap (gas)

Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui terutama dalam bentuk cecair. Walau bagaimanapun, terdapat juga kuantiti air yang besar yang wujud dalam bentuk gas (wap) di atmosfera dan dalam bentuk pepejal (ais dansalji).

Air adalah penting untuk kegunaan manusia. Begitu juga buat penganut Muslim yang melaksanakan hukum praktis dalam ibadah sehari-harian. Agama Islam meletakkan air sebagai suatu benda yang suci. Walau bagaimanapun, Islam tidak meletakkan status semua air adalah suci. Maka, Islam mengkategorikan air kepada beberapa bahagian:
1.   Air yang suci lagi menyucikan dan tidak makruh digunakan. Contohnya air mutlak (ﻤﻄﻠﻖ).
2.   Air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh digunakan iaitu air yang terjemur di di bawah kepanasan matahari. Contohnya air musyammas (ﻣﺸﻤﺲ).
3.   Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan air yang digelar musta'mal (ﻣﺴﺘﻌﻤﻞ), air yang berubah dengan suatu yang suci.
4.   Air bernajis yang dikenali sebagai air mutanajjis (ﻣﺘﻨﺠﺲ).








Maksud bersuci
·         Pada Bahasa
Membersihkan diri atau sesuatu daripada sebarang kekotoran. Sama ada benda itu najis ataupun tidak. Benda-benda yang najis seperti darah, bangkai, tahi dan sebagainya. Benda-benda yang kotor tetapi tidak najis seperti air ludah, hingus dan lain-Iain.
·          Pada Syarak
Menghilangkan halangan beribadat kerana ada hadas atau najis atau menghilangkan halangan memakan sesuatu benda dengan sebab terkena najis.
Alat-alat yang sah untuk bersuci

1.   Air mutlak
2.   Tanah yang suci
3.   Batu yang suci
Hukum bersuci

Ulamak telah sepakat bahawa bersuci daripada najis dan hadas adalah wajib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan