Air mutlak
Air mutlak (ﻤﻄﻠﻖ) adalah air yang suci dan boleh
menyucikan. Air tersebut dikatakan mutlak disebabkan air itu adalah dalam
bentuk keasliannya. Air tersebut masih dikatakan air mutlak walaupun ia sudah
berubah disebabkan sudah lama terbiar, dimasuki tanah, lumut dan bertakung atau
tempat mengalirnya mengandungi belerang.
Disenaraikan berikut adalah tujuh
jenis air mutlak:
·
air yang dicairkan dari salji
Apabila cukup sukatan atau timbangan
air sebanyak dua
kolah, maka air tersebut tidak dikira najis yang disebabkan oleh
benda lain melainkan berubah dari segi warna, bau dan rasa. Air yang kurang
dari sukatan tersebut akan dikira najis apabila jatuh najis ke dalamnya tidak
kira berubah sama ada bau, warna ataupun rasa.
Ukuran dua kolah
Dua kollah (Bahasa Arab: القلتان bersamaan dengan ukuran berikut:
·
Isi padunya lebih kurang 216 litre (48 imp gal;
57 US gal) bersamaan dengan satu dan satu suku dhira tinggi,
lebar dan dalam. (Satu dhira sama dengan 48 sentimeter).[1]
·
Lebih kurang berat bersamaan 13 tin minyak tanah.
·
Bekas Tempat segi ialah 23 inci lebar dan 23 inci dalam
·
Bekas yang bulat lebarnya 19 inci dalam 46 inci.
·
Bekas Tempat segi empat ialah 75 sm lebar dan 75 sm dalam
Air musta'mal
Air musta'mal (ﻣﺴﺘﻌﻤﻞ) adalah air yang suci tetapi tidak
boleh menyucikan yang lain. Boleh dikatakan juga air ini boleh diminum tetapi
tidak sah untuk menyucikan sesuatu.
Air musta'amal yang diperolehi dari
mengangkatkan hadas adalah air basuhan kali yang pertama pada mandi atau wudhu'
yang wajib dan sudah jatuh dari anggota badan. Air musta'amal dari konsep najis pula ialah jika air itu tidak
berubah dan tidak bertambah. Air tumbuhan dan buah-buahan seperti pucuk kelapa
yang dibuat nira atau
akar-akar kayu, air dari batang tebu dan yang dihasilkan dari buahan
seperti kopi dan koko.
Air yang berubah dan bercampur
Air yang berubah dalam konsep tidak
boleh menyucikan ialah yang berubah disebabkan oleh benda asing yang suci yang
bercampur ke dalam air seperti kayu gahara sehingga tidak berubah sehingga
jelas digelar "air gahara".
Berikut adalah cara air yang berubah:
·
Berubah dengan Taqdiri - Air yang berubah dengan Taqdiri iaitu
air yang berubah hanya pada Taqdir sahaja yang tidak dapat dilihat akan
perubahannya.
·
Berubah dengan Hissi - Air yang berubah pada Hissi iaitu berubah
air itu dengan sesuatu yang dapat dilihat akan perubahannya.
Contoh cara menentukan hukum air yang
bercampur dengan sesuatu yang sama rupanya dengan seperti air mawar yang telah
hilang bau, rasa dan warnanya.
·
pada bau hendaklah ditentukan dengan bau gahara.
·
pada rasa hendaklah ditentukan dengan rasa delima.
·
pada warna hendaklah ditentukan dengan warna anggur.
Jika berubah dengan cara ini, maka
hukumnya air musta'amal dan jika tidak, hukumnya adalah air mutlak.
Bagi air yang bercampur pula,
terdapat dua cara air bercampur iaitu:
·
Majawir - cara
Mujawir ialah apabila air yang berubah disebabkan termasuk ke dalamnya suatu
yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya air yang dimasuki sebatang kayu
cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu
adalah air mutlak.
·
Mukhalit - cara
Mukhalit pula ialah apabila suatu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat
dipisahkan, contohnya air dimasuki nila, maka dihukumnya air Musta'amal.
Air muqayyad
Air muqayyad (ﻣﻘﻴﺪ) pula ialah air yang bercampur
dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi
warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak
lagi. Qayyad Lazim juga turut dinamakan sebagai air mutaghayyir ( المياه متغير ) "almiahu
Mutaghayyir" yang membawa pengertian air bervariasi.
Walau bagaimanapun, qayyad pada air
terbahagi dua:
·
Qayyad Lazim - iaitu
qayyad yang tidak bercerai sehingga menjadikannya berbeza langsung dari air
mutlak seperti air kopi, air madu,
air mawar.
·
Qayyad Musfaq - iaitu
qayyad yang bercerai iaitu yang tidak lazim bagi air seperti air hujan, air
perigi. Maka, ia masih lagi hukumnya air mutlak.
Air musyammas
Air musyammas (ﻣﺸﻤﺲ) adalah air yang terjemur di bawah
panas matahari bagi negeri-negeri beriklim panas. Hukum air tersebut hanya pada
air yang diisi ke dalam bekas yang bukan emas dan perak.
Air tersebut hanya makruh ketika
panas untuk digunakan pada badan dan makanan serta minuman. Walau bagaimanapun,
air yang masih panas tersebut boleh digunakan untuk membasuh pakaian. Air yang
sudah menyejuk tidak lagi makruh digunakan.
Air mutanajjis
Air mutanajjis (ﻣﺘﻨﺠﺲ) adalah air yang telah terjatuh
najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur
hingga kadar dua
kolah. Air tersebut tetap dikira mutanajjis sekiranya air tidak
berubah sifat bau, warna atau rasa tetapi tidak mencukupi dua kolah.
Air tersebut tidak dikira bernajis
apabila jatuh ke dalamnya haiwan ataupun bangkai haiwan yang memang tidak
berdarah seperti semut.
Contoh berikut tidak termasuk air mutanajis
1.
Termasuk bangkai (lihat perkara di bawah) najis yang dimaafkan
dengan syarat tidak sengaja dicampakkan.
2.
Air atau bahan cecair yang lain termasuk najis yang halus yang
tidak dapat dilihat dengan mata kasar melampau daripada najis mughalazah.
3.
Air yang lebih daripada dua kolah dengan syarat tidak berubah
sifat air itu.
Contoh bangkai binatang yang najis tetapi dimaafkan
1.
Lalat
2.
Kumbang
3.
Kala
4.
Lipas
5.
Cicak
6.
Binatang-binatang yang tidak mengalir darahnya jika dibelah atau
dikoyakkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan