salam


Rabu, 24 Februari 2016

PUNK TULEN VS PUNK TIRUAN ( Part 1)


PUNK TULEN 

VS
 PUNK TIRUAN


Hello guys , today saya cerita tentang punk . Artikel kali ini adalah mengenai punk kerana saya dapati artikel tentang punk ini sukar di dapati . Sebelum ini saya juga telah mengadapi kesukaran nak buat tugasan saya mengenai punk ini . Jadi , tujuan saya tulis artikel pada kali ini adalah untuk membantu anda semua memahami lebih lanjut mengenai punk .

Ada banyak kumpulan punk di negara ini seperti  ‘Punk Rock’, ‘Hardcore Punk’, ‘Chaos Punk’, ‘Pop Punk’, Punk Hop’, ‘Skaters Punk’ dan ‘Metal Punk’, dengan 5,000 hingga 6,000 pengikut di Lembah Klang saja.

Kalau dicampur pengikut punk di negeri lain seperti Melaka dan Kelantan, mungkin jumlahnya mencecah 10,000 orang.

Namun, majoriti pengikut punk terbabit tidak faham falsafah punk sebenar dan golongan digelar ‘posers’ (peniru) itu suka menonjolkan diri di khalayak ramai bagi menarik minat pengikut baru.

Kawasan Bukit Bintang dikenali sebagai lokasi utama pengikut punk berkumpul dan melakukan pelbagai perkara tidak bermoral, terutama malam hujung minggu.

Terdapat 2 jenis PUNK 
  1. Punk Tulen
  2. Punk Tiruan
Punk tulen
-Hanya melepaskan perasaan hanya menerusi muzik.
Ia untuk keamanan, bukan keganasan seperti diamalkan ‘posers’.
-Punk tulen menentang arak, seks bebas dan rokok.

Punk Tiruan
-Merupakan satu ‘posers’ terlalu taksub dengan fahaman kumpulan punk luar negara, terutama ‘Nazi Punk’ dari Jerman yang menolak kepercayaan beragama, sama seperti pengikut fanatik Black Metal.
-menjalankan upacara korban seperti membawa kepala kambing hitam ke hutan dan mengadakan upacara memuja syaitan. 

Budaya punk adalah budaya yang berkembang daripada muzik rock punk yang bermula di 
New York, London dan
kemudiannya tersebar menjadi popular pada tahun 1977.
Terutama dalam kalangan remaja.

Punk lebih terkenal dari fashion yang dikenakan dan tingkah laku yang mereka perlihatkan, seperti potongan rambut mohawk , atau dipotong ala feathercut dan diwarnai dengan warna-warna yang terang .

Baiklah , artikel saya berhenti sampai sini sahaja . Saya akan menyambung kembali artikel mengenai punk ini  (part 2) pada masa akan datang . Bye .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan