salam


Khamis, 19 April 2018

Home· Info· Safe

ADA 19 BARANG DALAM RUMAH YANG KITA TIDAK TAHU, SEBENARNYA ADA TARIKH LUPUT

Perkongsian  ini memberitahu anda 19 barangan yang perlu anda tahu akan tarikh luputnya.  
Mungkin ramai diantara kita yang selama ini tak ambil kisah, tapi artikel ini WAJIB baca sebagai rujukan untuk masa akan datang.  Anggap penting. 

 Antaranya adalah:

1. Bantal 

Luput Antara 2-3 Tahun Bantal apabila mencecah usia penggunaannya selama 2-3 tahun, ia akan mula menjadi tempat pembiakan bakteria dan kuman.  Secara tidak langsung ia menjadi punca utama kesihatan anda.  Walau mahal mana pun bantal yang dibeli,  bila sampai tamat tempohnya, sebaik-baiknya dibuang.

2. Selipar

Luput Dalam Masa 6 Bulan Sahaja Selipar adalah habitat paling sempurna untuk fungus/kulat.  Walaupun tempoh luputnya 6 bulan, saat pertama kali selipar itu menjejakkan tapaknya ke tanah, bakteria sudah mula membiak.  Oleh itu pastikan selipar anda dibasuh secara kerap, serta cukup 6 bulan, ia perlu diganti baru.

3. Span Mandi

 Luput Dalam Masa 2 Minggu Sahaja Bila hari-hari dah sental badan, pastilah banyak bakteria-bakteri yang disisihkan daripada badan melekat ke span tadi.  Oleh itu, cara terbaik adalah untuk menukar span mandi anda 2 minggu sekali atau dengan merendamkannya kedalam air panas menggelegak bagi tujuan memusnahkan bakteria.

4. Tuala

Luput Antara 1-3 Tahun Walaupun anda membasuh tuala secara kerap, masalah bakteri tetap tidak dapat diselesaikan, oleh itu, apabila tiba masanya, maksima 3 tahun penggunaan, tukarlah pada tuala yang baru. Jangan guna pada tubuh badan tuala yang sudah relai benangnya 

5. Berus Gigi

Luput Dalam Masa 3 Bulan Sahaja. Ini mesti ramai yang buat kan?  Berus gigi harus diganti dalam masa 3 bulan sekali. Jika anda batuk atau selsema, apabila sudah sembuh jangan guna lagi berus gigi tersebut. Ganti yang  baru.  Jika tidak, penyakit yang sama akan berulang kembali kerana bakteria tadi telah berkumpul dan menguasai berus gigi anda. Berus gigi mesti dalam keadaan baik dan jangan guna sehingga menjadi kerinting. 

6.Hydrogen Peroxide

Adalah fist aid antiseptic.
Luput Dalam Masa 2 Bulan Sahaja Selepas anda membuka botol yang mengandungi bahan hydrogen peroxide, hanya 2 bulan saja kandungan didalamnya akan aktif.  Selepas 2 bulan, cecair tersebut menjadi air biasa. Pun begitu, jika ia tidak pernah digunakan dan masih ditutup rapi, ia mampu bertahan lebih daripada tempoh1 tahun.

7. Sikat Rambut

Luput Dalam Masa 1 Tahun Sahaja Sebaiknya sikat dibasuh dengan air panas 1 minggu sekali dan diganti setiap 1 tahun.

8. Minyak Wangi

 Luput Antara 3-4 Tahun. EDP mengandungi essential oil yang hanya mampu bertahan selama 3 tahun didalam bekas kedap udara.   Namun bagi EDT, ia mampu bertahan selama 4 tahun.

9. Puting Bayi

Luput Dalam Masa 2-5 Minggu Sahaja Puting wajib diganti setiap 5 minggu, tidak kira keadaannya masih elok atau tidak.

10. Child Car Seat

 Luput Antara 6-10 Tahun Selepas tempoh ini, struktrur car seat akan mula rosak terutama pada bahagian span.  Ini bermakna ia tidak lagi selamat digunakan.

11. Bra

 Luput Antara 1-2 Tahun Pun begitu, apabila struktur bra tidak lagi selesa untuk dipakai seperti bentuk asal, ia petanda anda wajib menukarnya tanpa perlu menunggu selama tempoh 1 tahun. Ambil perhatian.

12. Kasut Sukan

Luput Sebaik Struktur Berubah . Boleh menyebabkan kecederaan jika masih digunakan .

13. Rempah-ratus

 Luput Antara 1-3 Tahun Rempah-ratus seperti kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga akan mula hilang rasa dan aroma bila disimpan lebih dari 1-3 tahun.  Berbeza bagi rempah yang telah diproses menjadi serbuk, tempoh luputnya lebih cepat iaitu selama 6 bulan.

14. Tepung

 Luput Dalam Masa 6-12 Bulan Apabila melebihi tempoh luput, tepung akan mula dihadiri parasit dan ulat tepung (kutu)

15. Pemadam Kebakaran

 Luput Dalam Masa 15 Bulan Jika terdapat sebarang kerosakan pada pemadam seperti retak, berkarat dan klip patah, ia perlu diselenggara dengan kadar segera.

16. Penyambung Elektrik

Luput Antara 1-2 Tahun

17 .Penyembur Pembasmi Kuman

 Luput Dalam Masa 3 Bulan

18. Pencegah Nyamuk

 Luput Dalam Masa 2 Tahun . 

19. Power Soket 

Luput Dalam Masa 4-5 Tahun Walaupun tiada tarikh luput, namun pakar menasihati agar ia diganti setiap 4-5 tahun bagi mengelakkan masalah litar pintas.  Bila power soket mula keras atau sukar ditekan dan berwarna, ia wajib diganti.

Semoga info memberi manfaat untuk kita semua .

Rabu, 21 Mac 2018

KARANGAN BELIA PENDUKUNG ASPIRASI NEGARA

         Golongan anak muda merupakan aset pembangunan negara pada masa akan datang . Remaja dan belia diibaratkan sebagai tiang negara . Jika teguh tiangnya , maka teguhlah negaranya . Tenaga dan peranan remaja sangat penting dalam pembangunan sosial , budaya , politik ,sukan dan ekonomi negara . Remaja yang kuat mental dan fizikalnya akan dapat menyumbang kepada pembangunan negara . Merekalah pelapis kepada kepimpinan hari ini yang akan menerajui negara ke arah negara maju .
            Transformasi Nasional 2050 ialah satu daripada inisiatif dan usaha pembangunan negara jangka masa panjang dari tahun 2020 hingga 2050 , iaitu selama 30 tahun , bagi membentuk masa hadapan Malaysia yang baik . Mekanisme pelaksanaan aspirasi ini datangnya daripada suara pelbagai lapisan masyarakat , terutama anak muda yang akan menakhodai aspirasi negara pada masa hadapan .
        Transformasi Nasional 2050 merupakan jawapan kepada segala persoalan yang dibangkitkan oleh anak mida di negara ini kerana keterbukaan gagasan ini mendengar segala pandangan dan suara hati mereka . Untuk permulaan , anak muda perlu bergiat aktif dan hadir dalam siri Dialog Perdana yang diadakan dengan persediaan rapi , serta cadangan yang bernas agar mereka dapat menyuarakan pendapat dengan minda yang bebas dan terbuka . Cadangan , kritikan , penambahan dan pembaharuan daripada pungutan suara anak muda akan didengar dan menjadi medan terbaik bagi membantu kerajaan merangka dasar terbaik untuk generasi kini pada masa hadapan .
        Transformasi Nasional 2050 dapat menyokong dasar kerajaan ,khususnya yang melibatkan hala tuju untuk menjadikan Malaysia negara maju ,berpendapatan tinggi di tangga dunia dalam pelbagai bidang merangkumi aspek pembangunan dan kesejahteraan hidup rakyat serta membudayakan amalan inovasi dalam ekonomi .
         Sebagai kesimpulan , anak muda perlu bijak menggunakan peluang yang ada bagi berkongsi idea dan kemahuan mereka menjelang tahun 2050 yang gemilang kelak kerana merekalah yang akan memiliki dan menakhodai bahtera aspirasi negara pada tahin 2050 .



Semoga perkongsian ini dapat menambah pegetahuan para pembaca seterusnya memberi manfaat kepada semua .

Ahad, 21 Januari 2018

DIY Easy Potato Chips | Kerepek Kentang Rangup mudah

Assalamualaikum , 
Hello readers yang disayangi . Pertamanya , authornim nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas komitmen yang semua readers berikan terhadap blog authornim ini :)
Thanks for 20k readers from all around the world ;)

Jadi , pada content kali ini , authornim nak kongsi resepi sihat bai semua penggemar snek di luar sana. Kelmarin , authornim click satu video ni , tajuknya " How potato chips were made " , maklumlah authornim ni peminat cip kentang . Lepas tengok video tu barulah authornim tahu yang potato chips yg biasa jual kat kedai tu macam Pringles Potato chips dan yang seangkatan dengannya cuma mengandungi 60% potato shj .  

Lepas tu , terdetiklah authornim nak buat DIY potato chips ni . Bahannya pun tak susah , jadi malam tu authornim pun terus buat . Jom authornim kongsi pada readers semua ya :)


BAHAN-BAHAN :

Kentang
Cuka
Air Sejuk


CARA-CARA :


Mula-mula kupas kentang dan hiriskannya sehingga nipis . Authornim sagat je kentang yg dah dikupas tu , sebab sagat lagi jimatkan masa , dan ketebalan kentang tu sama . Kalau readers semua nak hiris nipis nipis pun takpa , cuma authornim ni nak cepat makan tu yang sagat je , hehee . 


Langkah seterusnya ialah rendam kentang yang sudah di sagat/dipotong nipis tadi dalam air sejuk selama 15-20 minit , air sejuk yang dalam peti sejuk tu ya , kalau takda air sejuk, bolehh juga guna air yang diletakkan beberapa ketul kiub ais . Kelmarin authornim guna secawan kiub ais. 
*Sorry gambar takda , authornim lupa nak ambil gambar part ni *


Lepas 20minit toskan ketang yang sudah disagat tadi .
Rebuskan , kentang yang sudah di toskan tadi bersama cuka , authornim guna dalam kuantiti 1/4 cawan shj . Kita letakkan cuka masa rebus ni supaya kentang tadi rangup sewaktu hendak digoreng nanti .
Rebuskan kentang agak-agak sehingga kentang bertukar warna kepada jernih , seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas . Toskan sekali lagi supaya tidak terlalu banyak air sewaktu menggoreng nanti .


Kemudian goreng kentang yang sudah direbus dan ditoskan tadi dengan api yang sederhana sehingga berwarna keemasan . Agak-agak dah rangup tu dah boleh bangkit lah ya .



Dan langkah yang terakhir ialah perasakan kerepek-kerepek ini . Readers sekalian boleh perasakan mengikut selera masing-masing . Untuk authornim punya version , authornim cuma perasakan dengan garam , gula halus , serbuk oregano dan serbuk lada sulah . Authornim tak letak MSG , sebab authornim kalah dgn MSG ni . 

Stuktur kerepek kentang ni sama macam kerepek kentang jenama ROTA . Kerepek kentang jenama rota ni memang 100% guna kentang , takda campur apa-apa pada kerepeknya selain perasa . ini authornim ada kepilkan gambarnya .

.
Okay itu sahaja , untuk hari ini . Authornim akan cuba gigihkan diri untuk meng'upload' resepi-resepi lain pada post akan datang . 

-TERIMA KASIH-