Golongan anak muda merupakan aset pembangunan negara pada masa akan datang . Remaja dan belia diibaratkan sebagai tiang negara . Jika teguh tiangnya , maka teguhlah negaranya . Tenaga dan peranan remaja sangat penting dalam pembangunan sosial , budaya , politik ,sukan dan ekonomi negara . Remaja yang kuat mental dan fizikalnya akan dapat menyumbang kepada pembangunan negara . Merekalah pelapis kepada kepimpinan hari ini yang akan menerajui negara ke arah negara maju .
Transformasi Nasional 2050 ialah satu daripada inisiatif dan usaha pembangunan negara jangka masa panjang dari tahun 2020 hingga 2050 , iaitu selama 30 tahun , bagi membentuk masa hadapan Malaysia yang baik . Mekanisme pelaksanaan aspirasi ini datangnya daripada suara pelbagai lapisan masyarakat , terutama anak muda yang akan menakhodai aspirasi negara pada masa hadapan .
Transformasi Nasional 2050 merupakan jawapan kepada segala persoalan yang dibangkitkan oleh anak mida di negara ini kerana keterbukaan gagasan ini mendengar segala pandangan dan suara hati mereka . Untuk permulaan , anak muda perlu bergiat aktif dan hadir dalam siri Dialog Perdana yang diadakan dengan persediaan rapi , serta cadangan yang bernas agar mereka dapat menyuarakan pendapat dengan minda yang bebas dan terbuka . Cadangan , kritikan , penambahan dan pembaharuan daripada pungutan suara anak muda akan didengar dan menjadi medan terbaik bagi membantu kerajaan merangka dasar terbaik untuk generasi kini pada masa hadapan .
Transformasi Nasional 2050 dapat menyokong dasar kerajaan ,khususnya yang melibatkan hala tuju untuk menjadikan Malaysia negara maju ,berpendapatan tinggi di tangga dunia dalam pelbagai bidang merangkumi aspek pembangunan dan kesejahteraan hidup rakyat serta membudayakan amalan inovasi dalam ekonomi .
Sebagai kesimpulan , anak muda perlu bijak menggunakan peluang yang ada bagi berkongsi idea dan kemahuan mereka menjelang tahun 2050 yang gemilang kelak kerana merekalah yang akan memiliki dan menakhodai bahtera aspirasi negara pada tahin 2050 .
Semoga perkongsian ini dapat menambah pegetahuan para pembaca seterusnya memberi manfaat kepada semua .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan