salam


Memaparkan catatan dengan label Makanan sihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan sihat. Papar semua catatan

Ahad, 21 Januari 2018

DIY Easy Potato Chips | Kerepek Kentang Rangup mudah

Assalamualaikum , 
Hello readers yang disayangi . Pertamanya , authornim nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas komitmen yang semua readers berikan terhadap blog authornim ini :)
Thanks for 20k readers from all around the world ;)

Jadi , pada content kali ini , authornim nak kongsi resepi sihat bai semua penggemar snek di luar sana. Kelmarin , authornim click satu video ni , tajuknya " How potato chips were made " , maklumlah authornim ni peminat cip kentang . Lepas tengok video tu barulah authornim tahu yang potato chips yg biasa jual kat kedai tu macam Pringles Potato chips dan yang seangkatan dengannya cuma mengandungi 60% potato shj .  

Lepas tu , terdetiklah authornim nak buat DIY potato chips ni . Bahannya pun tak susah , jadi malam tu authornim pun terus buat . Jom authornim kongsi pada readers semua ya :)


BAHAN-BAHAN :

Kentang
Cuka
Air Sejuk


CARA-CARA :


Mula-mula kupas kentang dan hiriskannya sehingga nipis . Authornim sagat je kentang yg dah dikupas tu , sebab sagat lagi jimatkan masa , dan ketebalan kentang tu sama . Kalau readers semua nak hiris nipis nipis pun takpa , cuma authornim ni nak cepat makan tu yang sagat je , hehee . 


Langkah seterusnya ialah rendam kentang yang sudah di sagat/dipotong nipis tadi dalam air sejuk selama 15-20 minit , air sejuk yang dalam peti sejuk tu ya , kalau takda air sejuk, bolehh juga guna air yang diletakkan beberapa ketul kiub ais . Kelmarin authornim guna secawan kiub ais. 
*Sorry gambar takda , authornim lupa nak ambil gambar part ni *


Lepas 20minit toskan ketang yang sudah disagat tadi .
Rebuskan , kentang yang sudah di toskan tadi bersama cuka , authornim guna dalam kuantiti 1/4 cawan shj . Kita letakkan cuka masa rebus ni supaya kentang tadi rangup sewaktu hendak digoreng nanti .
Rebuskan kentang agak-agak sehingga kentang bertukar warna kepada jernih , seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas . Toskan sekali lagi supaya tidak terlalu banyak air sewaktu menggoreng nanti .


Kemudian goreng kentang yang sudah direbus dan ditoskan tadi dengan api yang sederhana sehingga berwarna keemasan . Agak-agak dah rangup tu dah boleh bangkit lah ya .



Dan langkah yang terakhir ialah perasakan kerepek-kerepek ini . Readers sekalian boleh perasakan mengikut selera masing-masing . Untuk authornim punya version , authornim cuma perasakan dengan garam , gula halus , serbuk oregano dan serbuk lada sulah . Authornim tak letak MSG , sebab authornim kalah dgn MSG ni . 

Stuktur kerepek kentang ni sama macam kerepek kentang jenama ROTA . Kerepek kentang jenama rota ni memang 100% guna kentang , takda campur apa-apa pada kerepeknya selain perasa . ini authornim ada kepilkan gambarnya .

.
Okay itu sahaja , untuk hari ini . Authornim akan cuba gigihkan diri untuk meng'upload' resepi-resepi lain pada post akan datang . 

-TERIMA KASIH-

Sabtu, 6 Ogos 2016

Kepentingan Makanan sihat

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat.

Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.
Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.


“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”



Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. 
Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini.
Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.


1.  Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. 
Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna.
 Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.


2.  Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.




Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit.
 Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.



3.  Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. 
Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. 
Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

4.  Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. 
Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.



Kesimpulannya

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi.
 Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini.
 Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula.
 Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.