salam


Jumaat, 26 Februari 2016

Air dari segi kegunaan untuk bersuci dalam Islam.

Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.
Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk :-
Ais (pepejal) <=> Air (cecair) <=> Wap (gas)

Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui terutama dalam bentuk cecair. Walau bagaimanapun, terdapat juga kuantiti air yang besar yang wujud dalam bentuk gas (wap) di atmosfera dan dalam bentuk pepejal (ais dansalji).

Air adalah penting untuk kegunaan manusia. Begitu juga buat penganut Muslim yang melaksanakan hukum praktis dalam ibadah sehari-harian. Agama Islam meletakkan air sebagai suatu benda yang suci. Walau bagaimanapun, Islam tidak meletakkan status semua air adalah suci. Maka, Islam mengkategorikan air kepada beberapa bahagian:
1.   Air yang suci lagi menyucikan dan tidak makruh digunakan. Contohnya air mutlak (ﻤﻄﻠﻖ).
2.   Air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh digunakan iaitu air yang terjemur di di bawah kepanasan matahari. Contohnya air musyammas (ﻣﺸﻤﺲ).
3.   Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan air yang digelar musta'mal (ﻣﺴﺘﻌﻤﻞ), air yang berubah dengan suatu yang suci.
4.   Air bernajis yang dikenali sebagai air mutanajjis (ﻣﺘﻨﺠﺲ).








Maksud bersuci
·         Pada Bahasa
Membersihkan diri atau sesuatu daripada sebarang kekotoran. Sama ada benda itu najis ataupun tidak. Benda-benda yang najis seperti darah, bangkai, tahi dan sebagainya. Benda-benda yang kotor tetapi tidak najis seperti air ludah, hingus dan lain-Iain.
·          Pada Syarak
Menghilangkan halangan beribadat kerana ada hadas atau najis atau menghilangkan halangan memakan sesuatu benda dengan sebab terkena najis.
Alat-alat yang sah untuk bersuci

1.   Air mutlak
2.   Tanah yang suci
3.   Batu yang suci
Hukum bersuci

Ulamak telah sepakat bahawa bersuci daripada najis dan hadas adalah wajib.

Rabu, 24 Februari 2016

PUNK TULEN VS PUNK TIRUAN ( Part 1)


PUNK TULEN 

VS
 PUNK TIRUAN


Hello guys , today saya cerita tentang punk . Artikel kali ini adalah mengenai punk kerana saya dapati artikel tentang punk ini sukar di dapati . Sebelum ini saya juga telah mengadapi kesukaran nak buat tugasan saya mengenai punk ini . Jadi , tujuan saya tulis artikel pada kali ini adalah untuk membantu anda semua memahami lebih lanjut mengenai punk .

Ada banyak kumpulan punk di negara ini seperti  ‘Punk Rock’, ‘Hardcore Punk’, ‘Chaos Punk’, ‘Pop Punk’, Punk Hop’, ‘Skaters Punk’ dan ‘Metal Punk’, dengan 5,000 hingga 6,000 pengikut di Lembah Klang saja.

Kalau dicampur pengikut punk di negeri lain seperti Melaka dan Kelantan, mungkin jumlahnya mencecah 10,000 orang.

Namun, majoriti pengikut punk terbabit tidak faham falsafah punk sebenar dan golongan digelar ‘posers’ (peniru) itu suka menonjolkan diri di khalayak ramai bagi menarik minat pengikut baru.

Kawasan Bukit Bintang dikenali sebagai lokasi utama pengikut punk berkumpul dan melakukan pelbagai perkara tidak bermoral, terutama malam hujung minggu.

Terdapat 2 jenis PUNK 
  1. Punk Tulen
  2. Punk Tiruan
Punk tulen
-Hanya melepaskan perasaan hanya menerusi muzik.
Ia untuk keamanan, bukan keganasan seperti diamalkan ‘posers’.
-Punk tulen menentang arak, seks bebas dan rokok.

Punk Tiruan
-Merupakan satu ‘posers’ terlalu taksub dengan fahaman kumpulan punk luar negara, terutama ‘Nazi Punk’ dari Jerman yang menolak kepercayaan beragama, sama seperti pengikut fanatik Black Metal.
-menjalankan upacara korban seperti membawa kepala kambing hitam ke hutan dan mengadakan upacara memuja syaitan. 

Budaya punk adalah budaya yang berkembang daripada muzik rock punk yang bermula di 
New York, London dan
kemudiannya tersebar menjadi popular pada tahun 1977.
Terutama dalam kalangan remaja.

Punk lebih terkenal dari fashion yang dikenakan dan tingkah laku yang mereka perlihatkan, seperti potongan rambut mohawk , atau dipotong ala feathercut dan diwarnai dengan warna-warna yang terang .

Baiklah , artikel saya berhenti sampai sini sahaja . Saya akan menyambung kembali artikel mengenai punk ini  (part 2) pada masa akan datang . Bye .



Kepentingan air dalam kehidupan seharian

Air merupakan sumber yang sangat penting terutamannya kepada alam semula jadi dan manusia. Antara   kepentingan   air   kepada   manusia   ialah   sebagai   keperluan   dalam   rumahtangga,
kegunaan dalam bidang pertanian, pengangkutan dan seterus dalam menghasilkan tenaga elektrik.



Kepentingan   yang   pertama   ialah   air   menjadi   keperluan   harian   di   dalam
rumahtangga.   Air   menjadi   sumber   sebagai   pencuci,   memasak   makanan   dan   sebagai
minuman. Misalnya, air digunakan untuk menanak nasi dan mencuci pakaian. Sekiranya
bekalan air terputus, para ibu sangat susah hati kerana banyak kerja mereka tertanggu seperti
membasuh pakaian, memasak makanan membersihkan rumah dan sebagainya.

                 Kepentingan  yang kedua  ialah  air sangat  diperlukan  dalam  bidang pertanian.
Tumbuhan-tumbuhan memerlukan air untuk ia membesar dan seterusnya menghasilkan buah.
Sebagai contoh penanaman padi sawah yang banyak menggunakan air. Jika kekurangan air
sudah tentu bidang pertanian di Negara kita akan lumpuh seperti Negara-negara di Afrika
yang dipenuhi oleh gurun.

                Kepentingan yang ketiga ialah dalam bidang pengangkutan. Pengangkutan air telah digunakan lebih awal daripada pengangkutan udara untuk mengangkut barang-barang dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sebagai contoh ialah kapal laut atau ferri yang boleh membawa barang-barang yang banyak dan berat serta boleh membawa beratus-ratus menusia pada satu masa. Jika pengangkutan air tidak wujud sudah pasti kegiatan ekonomi dalam sesebuah Negara akan lumpuh.

                 Kepentingan   yang   terakhir   ialah   air   digunakan   sebagai   sumber   untuk
mennghasilkan tenaga elektrik. Tenaga elektrik yang dibekalkan ke rumah-rumah diseluruh Negara  kebanyakannya  dari  pusat  penjanakuasa   hidroelektrik.Sebagai  contoh  bekalan elektrik yang dibekalkan ke Daerah Tuaran adalah dari Penjanaan Kuasa Empangan Pangi Tenom. Tenaga elektrik sangat penting kepada kehidupan kita dewasa ini kerana peralatan dirumah atau di pejabat menggunakan kuasa elektrik.  



                 Kesimpulannya, air merupakan  sumber  yang  sangat penting dalam  kehidupan
manusia dari dulu sehinggalah sekarang. Oleh itu, kita perlulah menghargai dan bersikap
berjimat cermat terhadap penggunaan air. Semoga bekalan air di negara   kita akan kekal
mencukupi untuk  dinikmati  oleh  genarasi  akan  datang.Bak  kata  pepatah ingat  sebelum
kena,jimat sebelum habis .


Cara-cara menjaga kebersihan laut

Kemajuan sesebuah negara diukur daripada pembangunan yang berjaya dicipta oleh negara tersebut. Demi pembangnan negara banyak kos melepas yan terpaksa dibayar bagi memastikan Malaysia maju seperti negara lain di dunia.

 Sebagai negara yang mendukung ungkapan Malaysia Boleh kita semua mahu negara benar-benar "boleh" dalam segala aspek terutama dalam aspek ekonomi dan kebersihan persekitaran .

Sebagai rakyat negara yang prihatin terhadap negara , kita pasti pernah mendengar tentang isu-isu berkaitan dengan kebersihan laut .Sejak kebelangan ini, Isu-isu berkaitan dengan kebersihan laut kerap dibincangkan .

Hal ini kerana , terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab telah mencemari air laut. Perkara ini telah berlaku disebabkan , pihak tersebut telah mencemarkannya dengan keadaan sedar mahupun tidak sedar .

Pada hari ini kita akan membincangkan tentang cara-cara menjaga kebersihan laut di negara kita (karangan ) , bagi meningkatkan kesedaran kepada semua pihak berkaitan isu ini .





Cara-cara menjaga kebersihan laut.

    Isu-isu yang berkaitan dengan kebersihan laut kerap menjadi bahan perbincangan di kalangan nelayan negara ini . Ramai di kalangan nelayan berpendapat bahawa keadaan lau pada masa ini kian tercemar akibat tindakan manusia yang bersifat mengabaikan kebersihan alam sekitar  Saya berpendapat bahawa pencemaran laut tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak . Justeru itu terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan bagi menjaga kebersihan laut.
 
    Antara pihak yang perlu memankan peranan dalam menjaga kebersian laut ini ialah peranan individu atau lebih tepat lagi peranan diri sendiri . Oleh itu ,  setiap individu perlulah menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar . Setiap individu tidak dibenarkan membuang sampah di dalam laut atau kawasan sekitarnya kerana perbuatan tersebt akan menyebabkan kawasan laut akan menjadi kotor . Jika kita terlihat pihak yang cuba mengotorkan air laut , kita hendaklah membuat aduan kepada pihak berkuasa yang berkaitan .

    Selanjutnya , pihak masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam menjaga kebersihan laut . Contohnya , masyarakat tidak boleh menjadikan laut sebagai tempat untuk membuang sampah . Kita sering melihat situasi ini apabila kita berada dikawasan pantai . Masyarakat perlu mengelakkan diri daripada membuang air kumbahan ke dalam laut . Sewajarnya masyarakat mengadakan gotong-royong untuk membersihkan persekitaran laut agar laut berada dalam keadaan yang bersih dan cantik.

    Pegusaha syarikat perkapalan juga wajar memainkan peranan untuk menjaga persekitaran laut . Hal ini kerana pengusaha syarikat perkapalan boleh menasihati anak kapalnya supaya tidak membuang sampah kedalam laut . Syariat perkapalan juga tidak ajar membang minyak hitam ke dalam lat sewaktu pelayaran kerana ia boleh menyebabkan pencemaran laut . Pada masa yang sama , syarikat perkapalan tangki minyak mestilah mengelakkan kemalangan agar minyak yang dibawa tidak tumpah ke dalam laut .

    Disamping itu, pihak pengusaha industri juga boleh memainkan peranan untuk menjaga kebersihan laut . Pengusaha industri tidak boleh membuang sisa toksik yang dikeluarkan oleh kilang ke dalam laut . Sisa toksik hendaklah dilupuskan di tempat-tempat yang di khaskan oleh pihak berkuasa . Selain itu , pihak pengusaha juga hendaklah merawat dahulu air  sebelum dialirkan ke dalam laut bagi mengelakkan berlakunya pencemaran laut .

     Akhir sekali ialah pihak kerajaan . Pihak kerajaan wajib memainkan peranan bagi menyelesaikan masalah ini . Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan bagi menjaga kebersihan laut . Oleh itu , pihak kerajaan boleh mengupah syarikat tertentu bagi membershkan persekitaran laut terutama di kawasan-kawasan pelancongan  . Pihak kerajaan juga boleh mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap pihak yang didapati bersalam mencemarkan laut .

     Sebagai kesimpulan , terdapat beberapa cara yangg boleh dilakukan untuk menjaga kebersihan laut. Kebersihan laut memang patut dijaga kerana di dalamnya terkandung sumber makanan untuk manusia . Pada pendapat saya , pihak kerajaan harus menjaga kebersihan laut kerana laut dan prsekitarannya merupakan aset negara dan kaasan pelancongan negara . Jika laut tercemar , kita tidak dapat  menikmati hasil laut yang segar dan bersih . Sesungguhnya , laut yang bersih akan menjadikan Malaysia sebagai negara yang cantik dan menarik.