Assaammualaikum & Selamat sejahtera semua
Sempena Buan Syawal yang mulia ini saya nak kongsikan sedikit sebanyak tentang air bikarbonat atau lebih dikenali sebagai air gas .
Jika anda perhati , apabila tiba musim perayaan pastinnya terhidang air gas , tahukah anda bahawa air gas ini sememangnya
memberi kesan buruk kepada tubuh kita ?
Selain mempunyai kandungan gula dan kalori yang tinggi, minuman soda (air gas) juga memberi kesan buruk kepada kesihatan badan. Kajian terkini menunjukkan pengambilan minuman soda (air gas) boleh
menyebabkan pengumpulan lemak di keliling hati (hepa) dan otot rangka yang akhirnya akan membawa kepada diabetes.
Kajian juga menunjukkan minum air soda (air gas) setiap hari selama 6 bulan menyebabkan peningkatan trigliserid darah sebanyak 30% penambahan kolesterol darah sebanyak 11%.
Di antara kesan sampingan minuman soda (air gas)
1. Asid fosforik – Kandungan asid fosforik yang terdapat dalam minuman soda ini
melemahkan tulang dan mereputkan gigi.
2. Pemanis tiruan berlebihan dalam minuman soda
menyebabkan rasa ketagihan makan benda-benda manis.
3. Warna karamel yang diperbuat daripada bahan kimia karamel tidak menambah kepada sebarang rasa, tetapi sebaliknya
memberi kesan karsinogen.
4. Formaldehid yang terdapat dalam minuman soda, terutamanya minuman soda diet (rendah kalori), adalah karsinogen (bahan
penyebab kanser). Bahan ini tidak dicampurkan terus ke dalam minuman soda diet tetapi ia terhasil daripada penguraian aspartame yang menjadi salah satu bahan campuran minuman soda diet. Selepas minum air soda (air gas), sistem pencernaan akan menguraikan aspartame kepada dua bahan, iaitu asid amino dan metanol (atau dikenali juga sebagai asid formik atau formaldehid).
5. Sirap jagung tinggi fruktos ialah bentuk pekat bagi gula fruktos yang berasal dari jagung yang terdapat dalam minuman soda. Ia
meningkatkan kandungan lemak badan,
kolesterol dan
trigliserid serta
membuatkan rasa lapar walaupun telah makan dalam kuantiti yang banyak .
6. Potassium benzoate ialah pengawet yang terdapat dalam minuman soda. Bahan ini ialah pengawet yang boleh terurai menjadi benzene di dalam badan. Membiarkan air minuman soda terdedah di bawah matahari menyebabkan benzene ini
menjadi karsinogen.
7. Pewarna makanan yang terdapat dalam minuman soda boleh
merosakkan fungsi otak, menjadi hiperaktif, masalah fokus kerana kekurangan kawalan impuls.