ITS HOSTEL LIFE!
Kalau part 1 authornim dah cerita serba sedikit tentang kurikulum di matrik , entry kali ini pulak authornim nak cerita pula tentang kehidupan di hostel KMJ . Info ni authornim sesetengahnya dapat dari junior batch baru dari KMJ juga .
Bahagian ni yang authornim teruja nak cerita pada readers sekalian . Sebab banyak aktiviti menarik dalam hostel life di KMJ ni . Sambutan any perayaan , Malam Citra Budaya , Malam Ambang Kemerdekaan , Dashwarna Night dan lain-lain lagi . Kalau readers ada masuk club , club or persatuan juga akan ada aktiviti menarik .
Antara club yang glamour zaman autornim adalah Club Frisbee , Club tennis , Club squasy , Pembimbing rakan dinamik (PRD) , Jawatankuasa perwakilan pelajar (JPP) , Club 7S , Jappim , Club Fizik dan lain-lain lagi , macam banyak pulak bila nak tulis hehe .
Kalau dulu authornim adalah ahli PRD , Jappim dan Club fizik . Boleh je masuk lebih dari 1 club , dapat markah koko lebih , lagi bagus kalau ada jawatan . Tapi kena faham la bila masuk lebih dari 1 club komitmen jadi lebih sikit la .
Sorry kalau gambar authornim tak berapa menarik , autornim tak berapa pandai gambar-gambar ni , sorry jugak kalau ada gambar yag autornim tak kepilkan , sebab autornim tak sempat nak ambil gambar.
Okay Jom mula ! 💖
Okay lets start here .
Ini merupakan gambar lobi , biasanya kawasan ini macam kawasan menunggu , tunggu member nak pergi class , nak pergi riadah , nak pergi extra lecture .
Lobi ni dikatakan best jugak la , bukan best macam mana dia lebih kepada memudahkan , sebab di lobi ni ada water vending machine , mesin gedegang snack ( snack vending machine ) kita pangging gedegang haha dan hot cool coffee vending machine . Zaman authornim semua ni elok lagi .
Kalau dulu kalau zaman authornim , bila ada balik bermalam , berdedai student tunggu parents or bus di sini . Feel nak balik tu seronok weh , lagi-lagi bila nak balik cuti sem .
Oh ya , kalau dulu waktu melawat , means parent boleh datang kolej adalah hari Jumaat dan Sabtu saja dari jam 8pagi hingga 6 petang . Waktu outing pulak hari jumaat dan sabtu juga dari 8pagi hingga 6 petang . Tapi authornim dengar cerita batch akan datang hari khamis selepas class boleh outing , tapi tak sure la tu . Kalau yang tahu boleh comment down below ya .
Okay ini adalah keadaan dalam bilik di hostel KMJ , ada 2 pattern susunan tau . Dulu masa aouthornim risau pasal bilik and toilet , macam apa cerita nanti bilik aku aku kat kolej tu .
Bawah ni auhornim sertakan gambarnya . Mana-mana pun okay je , authornim lebih prefer pattern A , sebab macam ada privasi sikit . Bantal tak disediakan ya .
Tak lupa jugak , autornim suggestkan readers untuk beli lampu belajar sendiri , kalau nak study sampai lewat malam . Kesian pada roommate awak nanti buka lampu besar waktu sepatutnya tidur . Readers pun mesti tak selesakan if you nak tidur tapi lampu terbuka terang tang-tang . Kena ada sikap common sense sikit lah ya .
Bilik pattern A , iaitu bilik yang menghadap keluar hostel .
Bilik pattern B , iaitu bilik menghadap ke dalam hostel .
Dobi pun ada kat sini .
Okay now move on to , aktiviti waktu petang student.
Aktiviti petang di padang . Bola sepak , futsal , jogging , squasy , tennis , volley ball , frisbee , berbasikal dan macam-macam lagi la boleh buat . Kalau nak pinjam alatan boleh pinjam di bilik alatan bawah blok f , jangan lupa bawa student card .
Ni pun termasuk aktiviti petang student , beratur di atm tepi kolej untuk keluarkan duit .
Habis class mesti panjang gila beratur . Lagi-lagi kalau elaun dah masuk . Memang pang sampai ke pandok guard haha . Paling sedih bila turn kita duit habis atau atm jammed haha. Nasihat authornim kalau nak ambil duit , keluarkan time orang takda , kul 7 pagi tu sebelum pi kelas or lecture .
Baminton di dewan.
Ada juga aktiviti kayak waktu riadah petang
Hebat tak skill edit authornim . Tak tak , ni snapchat semata-mata haha .
Dekat KMJ ni semua benda ada , cuma bezanya mahal dengan murah la . Oleh itu readernim kena pandai berjimat . Kalau authornim dulu paling favorite ayam crispy cafe CD RM1.50 je , power beb , gambar takda pulak sebab tak sebab bergambar dah makan haha . Kalau nak order selain dalam kolej boleh je order food panda .
Banyak lagi gambar makanan authornim ada tapi macam banyak sangat pulak kalau nak share kat sini , ni authornim bagi yang ada je ya . p/s tq pada kawan-kawan authornim yang menyumbang pada gambar ini juga ya 😘
Burger tower . Burger lain pun ada , oblong , roti john dll .
Roti canai pun ada tapi authornim tak jumpa gambar pula , sorry ya .
Ais krim Malaysia
Ayam goreang Korea !
Shellout 😻
Ice cream RM1 pakcik sebelah Koperasi .
Pakcik ni pun ada jual ABC , cendol dan laicikang.
Takoyaki sebelah balai ilmu , Condog dan oden pun ada kat kedai ni !
Cantikkan suasana senja di KMJ . Sejuk mata memandang walaupun penat seharian belajar dan beraktiviti .
Ok ini sahaja entry pada kali ini , InshaAllah nanti authornim share part 3 pulak , tentang aktiviti or tempat outing best and famous in kalangan student kmj .
Bye, tq readernim yang tak jemu baca blog authornim 💕