salam


Selasa, 8 September 2020

[PART 2] HOSTEL LIFE IN KOLEJ MATRIKULASI JOHOR 19/20

ITS HOSTEL LIFE! 

Kalau part 1 authornim dah cerita serba sedikit tentang kurikulum di matrik , entry kali ini pulak authornim nak cerita pula tentang kehidupan di hostel KMJ . Info ni authornim sesetengahnya dapat dari junior batch baru dari KMJ juga .
Bahagian ni yang authornim teruja nak cerita pada readers sekalian . Sebab banyak aktiviti menarik dalam hostel life di KMJ ni . Sambutan any perayaan , Malam Citra Budaya , Malam Ambang Kemerdekaan , Dashwarna Night dan lain-lain lagi . Kalau readers ada masuk club , club or persatuan juga akan ada aktiviti menarik .

Antara club yang glamour zaman autornim adalah Club Frisbee , Club tennis , Club squasy , Pembimbing rakan dinamik (PRD) , Jawatankuasa perwakilan pelajar (JPP) , Club 7S , Jappim , Club Fizik dan lain-lain lagi , macam banyak pulak bila nak tulis hehe . 

Kalau dulu authornim adalah ahli PRD , Jappim dan Club fizik . Boleh je masuk lebih dari 1 club , dapat markah koko lebih , lagi bagus kalau ada jawatan . Tapi kena faham la bila masuk lebih dari 1 club komitmen jadi lebih sikit la . 

Sorry kalau gambar authornim tak berapa menarik , autornim tak berapa pandai gambar-gambar ni , sorry jugak kalau ada gambar yag autornim tak kepilkan , sebab autornim tak sempat nak ambil gambar. 
Okay Jom mula ! 💖
Okay lets start here .
Ini merupakan gambar lobi , biasanya kawasan ini macam kawasan menunggu , tunggu member nak pergi class , nak pergi riadah , nak pergi extra lecture . 

Lobi ni dikatakan best jugak la , bukan best macam mana dia lebih kepada memudahkan , sebab di lobi ni ada water vending machine , mesin gedegang snack ( snack vending machine ) kita pangging gedegang haha dan hot cool coffee vending machine . Zaman authornim semua ni elok lagi . 

Kalau dulu kalau zaman authornim ,  bila ada balik bermalam , berdedai student tunggu parents or bus di sini . Feel nak balik tu seronok weh , lagi-lagi bila nak balik cuti sem . 

Oh ya , kalau dulu waktu melawat , means parent boleh datang kolej adalah hari Jumaat dan Sabtu saja dari jam 8pagi hingga 6 petang . Waktu outing pulak hari jumaat dan sabtu juga dari 8pagi hingga 6 petang . Tapi authornim dengar cerita batch akan datang hari khamis selepas class boleh outing , tapi tak sure la tu . Kalau yang tahu boleh comment down below ya .

Okay ini adalah keadaan dalam bilik di hostel KMJ , ada 2 pattern susunan tau . Dulu masa aouthornim risau pasal bilik and toilet , macam apa cerita nanti bilik aku aku kat kolej tu .

 Bawah ni auhornim sertakan gambarnya . Mana-mana pun okay je , authornim lebih prefer pattern A , sebab macam ada privasi sikit . Bantal tak disediakan ya .

 Tak lupa jugak , autornim suggestkan readers untuk beli lampu belajar sendiri , kalau nak study sampai lewat malam . Kesian pada roommate awak nanti buka lampu besar waktu sepatutnya tidur . Readers pun mesti tak selesakan if you nak tidur tapi lampu terbuka terang tang-tang . Kena ada sikap common sense sikit lah ya .   

asrama kolej matrikulasi johor
Bilik pattern A , iaitu bilik yang menghadap keluar hostel .

asrama kolej matrikulasi johor tangkak
Bilik pattern B , iaitu bilik menghadap ke dalam hostel .

Dobi pun ada kat sini . 

Okay now move on to , aktiviti waktu petang student.

Aktiviti petang di padang . Bola sepak , futsal , jogging , squasy , tennis , volley ball , frisbee , berbasikal dan macam-macam lagi la boleh buat . Kalau nak pinjam alatan boleh pinjam di bilik alatan bawah blok f , jangan lupa bawa student card .


Ni pun termasuk aktiviti petang student , beratur di atm tepi kolej untuk keluarkan duit . 
Habis class mesti panjang gila beratur . Lagi-lagi kalau elaun dah masuk . Memang pang sampai ke pandok guard haha . Paling sedih bila turn kita duit habis atau atm jammed haha. Nasihat authornim kalau nak ambil duit , keluarkan time orang takda , kul 7 pagi tu sebelum pi kelas or lecture .

Baminton di dewan.
Ada juga aktiviti kayak waktu riadah petang


Hebat tak skill edit authornim . Tak tak , ni snapchat semata-mata haha . 

Dekat KMJ ni semua benda ada , cuma bezanya mahal dengan murah la . Oleh itu readernim kena pandai berjimat . Kalau authornim dulu paling favorite ayam crispy cafe CD RM1.50 je , power beb , gambar takda pulak sebab tak sebab bergambar dah makan haha . Kalau nak order selain dalam kolej boleh je order food panda .

Banyak lagi gambar makanan authornim ada tapi macam banyak sangat pulak kalau nak share kat sini , ni authornim bagi yang ada je ya . p/s tq pada kawan-kawan authornim yang menyumbang pada gambar ini juga ya 😘 

Burger tower . Burger lain pun ada , oblong , roti john dll . 
Roti canai pun ada tapi authornim tak jumpa gambar pula , sorry ya .


Ais krim Malaysia 

Ayam goreang Korea !


Shellout 😻

Ice cream RM1 pakcik sebelah Koperasi . 
Pakcik ni pun ada jual ABC , cendol dan laicikang.

Takoyaki sebelah balai ilmu , Condog dan oden pun ada kat kedai ni !

Cantikkan suasana senja di KMJ . Sejuk mata memandang walaupun penat seharian belajar dan beraktiviti . 

Ok ini sahaja entry pada kali ini , InshaAllah nanti authornim share part 3 pulak , tentang aktiviti or tempat outing best and famous in kalangan student kmj .

 Bye, tq readernim yang tak jemu baca blog authornim 💕


4 ulasan:

  1. Akak nak tanyaaaa , dobi tu kat blok mana dan apa yg disediakan selain mesin basuh ada dryer sekali tak ? Dan berapa bayaran satu kali basuh ??? Tu jee tqq

    BalasPadam
  2. Hi, nak tolong jawabkan hehe.. dobi tu dekat bawah blok D. Dari cafe antara blok CD dah boleh nampak. Ada mesin basuh and dryer. Sekali basuh dalam RM4-RM5 (tak berapa ingat).. nak jimat sikit guna mesin basuh aras.. dalam RM2. Tapi ! Mesin basuh aras ni selalu problem jugak haha

    All the best !

    BalasPadam
  3. Thank you Sleepyhead! Jadi teringat zaman kat KMJ dulu hehe, all the best guys!

    BalasPadam
  4. Mcm kenal lah gambar langit senja tu hehehe..mane dpt ni 🤭🤭

    BalasPadam