salam


Selasa, 2 April 2019

EXPERIENCE ; Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera .

Hai dan selamat datang diucapkan pada readers sekalian . Ucapan tahniah pada rakan-rakan dan adik-adik yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tahniah juga diucapkan pada adik-adik yang berjaya terpilih menjalani UKCG .
Tujuan entry authornim kali ini tidak lain tidak bukan bagi berkongsi pengalaman dengan readers semua tentang Ujian Kelayakan Calon Guru ( UKCG ) bagi tahun 2018 .

Untuk pengetahuan readers semua , UKCG ini adalah ujian yang wajib dilalui oleh semua calon guru sebelum mara ke peringkat seterusnya iaitu , peringkat temuduga . UKCG ini sememangnya satu peringkat yang sangat mencabar ketahanan fizikal , mental dan emosi . Adalah tidak digalakkan calon yang menpunyai sakit kronik atau yang mengalami asthma yang agak teruk atau baru menjalani pembedahan ( baru 3-4 bulan ) menjalankan ujian ini , kerana pihak yang terlibat tidak bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku pada calon .

Semasa authornim , mejalani ujian ini pada sesi lalu , memang ramai calon yang tidak dapat meneruskan ujian ini . InsyaAllah entry yng authornim kongsikan dapat membantu calon-calon semua.

Baiklah tanpa membuang masa dengan introduction , authornim akan senaraikan apa yang bakal dihadapi oleh calon pada hari kejadian .


👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍


Apa Itu Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)?
UKCG terdiri daripada tiga (3) sesi iaitu seperti berikut:-


A. SESI UJIAN BERTULIS.
  • Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.
Tips :
1) Pensel 2B & pemadam sahaja dibenarkan. Pen boleh letak jauh2.
2) Jawab soalan dengan yakin & pantas.

B. SESI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL (UKF)
  • Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
  • Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani
  • Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan
Tips : 
Pastikan calon bersarapan atau mengalas perut sebelum menghadapi UKF


👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍


Untuk highlight entry kali ini , Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) , adalah salah satu ujian yang digeruni oleh calon dimana calon akan melalui stesen-stesen yang ditetapkan untuk dinilai tahap kecergasannya . Anda akan dibahagikan kepada kumpulan , satu kumpulan dalam 6-8 orang . UKF ini akan terbahagi kepada 5 stesen :

1) Ujian BMI (15 markah)

Pastikan BMI calon normal untuk dapat markah penuh . Bagi calon yang mempunyai BMI yang tidak normal jangan khawatir , masih dapat markah , cuma tidak markah penuh . Berikut authornim selitkan cara bagi mengira BMI .


2) Jangkauan Melunjur (15 markah)

Ujian ini adalah untuk mengukur tahap flexibility calon . Ini merupakan satu peluang yang baik untuk calon , kerana bahagian ini , calon dapat skor dengan mudah . If not mistaken , skor penuh bagi lelaki adalah 44cm dan bagi perempuan 40cm . Berikut merupakan cara melakukan jangkauan melunjur dengan tepat .




3) Tekan tubi tanpa henti (15 markah )

Dibahagian ini , calon perlu melakukan tekan tubi tanpa henti . Dimana untuk skor markah penuh bagi lelaki adalah sebanyak 40 kali, manakala perempuan 30 kali . Bahagian ini juga boleh dikatakan mencabar kerana , tangan pasti akan lenguh jika tak buat secara konsisten . Calon perlu melakukan cara tekan tubi yang ditetapkan mengikut jantina . Alhamdulillah authornim dapat mencapai skor 15 markah .




4) Bangkit Tubi Bervariasi (15 markah)

Hah , bahagian ini juga boleh dikira mencabar juga , kerana apabila calon salah step untuk bangkit , boleh menyebabkan kekejangan otot . Bangkit tubi ini terbahagi kepada 5 variasi . Authornim dapat buat sampai 4 shj . Setiap bangkit tubi hanya perlu bangkit sekali sahaja bagi 1 variasi , namun diberi percubaan sebanyak 2 kali bagi setiap variasi .

  1. Bangkit tubi separa & tapak tangan kena sentuh lutut.
  2. Sama macam Level 1 tapi siku kena sentuh lutut
  3. Baring, kedua dua tangan disilangkan atas perut. Tangan kanan pegang siku tangan kiri and tangan kiri pegang siku tangan kanan. Then, buat bangkit tubi.
  4. Kedudukan tangan sama seperti variasi ke 3 cuma angkat tangan yg disilanglan letak atas kepala.
  5. Tangan kanan sentuh scapula bone belakang badan belah kiri dan tangan kiri sentuh scapula bone belakang badan belah kanan. Lebih kurang bersilang jugak. Buat bangkit tubi . 
Terdapat video bangkit tubi variasi di blog ini yang mungkin dapat membantu calon semua http://misschikamika.blogspot.com/2015/04/pengalaman-kisah-ukcg-2015.html


5) Bleep Test (40 Markah)

Bleep test adalah stesen yang terakhir , di mana stesen ini adalah stesen yang paling memenatkan dan dimana habis je stesen ni anda akan berasa lapar kerana banyak tenaga telah digunakan , hehe jkjk . 
Anda akan berlari bersama ahli kumpulan anda secara serentak . Bleep test ini seperti berlari ulang alik mengikut detak bleep yang dimainkan dan semakin meningkat level, semakin laju bunyi bleep.

Calon perlu berlari 20m ulang alik tanpa henti , mengikut detak bleep . Tipsnya adalah , calon perlu berlari dengan konsisten , supaya aturan nafas akan teratur dan mengelakkan cramp /lactate fermentation berlaku .

Calon perlu sampai di line (B) sebelum bunyi beep. Lepas bunyi beep, calon perlu berpatah balik ke garisan tadi (A) sebelum bunyi beep lagi sekali. Proses ni berulang alik mengikut setakat mana yang calon  mampu, ok. Ingat ! jangan paksa diri , kerana segala perkara yang tidak diingini mungkin berlaku , Contohnya cramp semasa berlari , terseliuh , atau pitam . 





Okay ! Itu sahaja entry authornim kali ini , diharapkan dapat membantu calon-calon UKCG ambilan kali ini dan yang akan datang . Apa-apa pertanyaan boleh comment di ruangan comment dibawah . InsyaAllah akan dibalas secepat mungkin . Goodluck semua calon yang bakal menghadapi UKCG/UKF nanti . Semoga entry authornim kali ini bermanfaat buat kalian .Yang kurang dari authornim sendiri dan yang baiknya datang dari Allah . Assalamualaikum . EY19


2 ulasan:

  1. Bagaimana mengira markah bleep test bagi stiap level ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi mengira markah bleep setiap adalah tidak dinyatakan kepada calon , saya juga tidak pasti bagaimana kiraannya . Tetapi yang saya boleh bantu adalah bilangan larian setiap level adalah berbeza . Di mana , pada level 1 , calon perlu berlari ulang alik sebanyak 7 kali . Level 2 , 8 kali . Level 3 , 8 kali . Level 4 , 9 kali dan seterusnya .

      Padam