salam


Khamis, 22 Jun 2017

Biskut Bubble Rice Madu | Resepi Kuih Raya Mudah & Sedap


Assalamualaikum ,

Hello dan apa khabar visitor? Semoga anda semua berada dalam keadaan yg sihat dan baik . Mengulas tentang post pada kali ini , authornim nak kongsi sedikit resepi mudah untuk hari raya aidilfitri yg bakal disambut oleh semua umat Islam diseluruh dunia . 

Baiklah , resepi yg saya kongsikan ini amatlah mudah , kerana sesipa sahaja boleh buat , tak kira lelaki atau perempuan , mahupun tua atau muda .
Sebenarnya authornim rasa nak buat kelainan , sebab selalu kan orang buat bubble rice coklat .

Sebelum ni authornin buat , tak sampai 30 minit dah siap .
Kos pun bawah RM10 . Okaylah , tanpa buang masa mari authornim tunjukkan caranya .


Bahan - bahan :

250g bertih beras ( bubble rice ).
130g butter .
3 sudu besar susu pekat .
20ml madu .
Cup biskut.

Bahan lain ( jika mahu ):

( maaf ya authornim tak tahu apa nama betulnya )
Manik urai 
Kismis
Kacang cincang

Cara-cara :

  1. Cairkan mentega dalam kuali , pastikan api tidak terlalu kuat . 
  2. Campurkan susu pekat , dan ratakan , tunggu hingga mendidih (20 saat)
  3. Masukan bertih beras , gaul rata . Kemudian masukkan madu dan gaul lagi sekali , sampai rata . Kalau ada tambah bahan lain boleh gaul sekali . Pastikan semasa gaul api kecil ya . Gaul diatas api kira-kira 1 minit .
  4. Matikan api , dan isikan bertih beras yg dh disalut tadi ke dalam cup biskut.
  5. Bakar didalam ketuhar , pada suhu 130°C kira-kira 8-10 minit .
Tips dari authornim , masa pembakaran tu boleh dikurangkan atau dilebihkan , mengikut situasi . Agak-agak warna bertih beras kita , dh kuning keemasan tu anda boleh matikan ketuhar .

Itu sahaja resepi dari authornim , diharap para pembaca enjoy post pada kali ini . Akhir sekali , kalau ada salah dan silap oleh pihak authornim mohon dimaafi . 

-SELAMAT HARI RAYA -

1 ulasan: