salam


Khamis, 23 Jun 2022

Nursing : Contact Infections

    Penyakit berjangkit dapat menular dari manusia ke manusia melalui hubungan langsung atau tidak langsung dan boleh disebabkan oleh jenis virus, bakteria, parasit, dan kulat tertentu. Contact disease disebarkan apabila orang yang dijangkiti mempunyai hubungan langsung dengan orang yang tidak dijangkiti dan mikroorganisma ditularkan dari satu ke yang lain. 

    Contact disease juga boleh disebarkan melalui hubungan tidak langsung dengan persekitaran orang yang dijangkiti atau barang peribadi. Kehadiran luka atau pengeluaran cecair badan menyebabkan peningkatan potensi risiko penularan dan pencemaran sekitar. 

    Langkah berjaga-jaga harus dijalankan bagi membentuk penghalang dan sebagai prosedur yang mengurangkan atau menghilangkan microorganisma di persekitaran atau barang-barang peribadi yang telah tercemar dengan mikroorganisma. Disamping itu, contact disease merupakan bentuk penyebaran penyakit dan virus yang paling biasa disebarkan. Terdapat dua jenis contact disease (contact transmission) iaitu Direct Contact atau Indirect Contact.

JENIS-JENIS CONTACT DISEASE

1.     Direct contact berlaku apabila terdapat hubungan fizikal antara orang yang dijangkiti dan orang yang terdedah (Higuera, V. 2017). Penyakit berjangkit boleh merebak melalui hubungan langsung :

                           i.          Hubungan manusia ke manusia

                          ii.          Penyebaran titisan (droplet)

 

2.     Indirect Contact  berlaku apabila tidak ada hubungan langsung antara manusia dengan manusia. Kontaks berlaku dari reservoir ke permukaan atau objek yang tercemar, atau ke vektor seperti nyamuk, lalat, tungau, kutu, tikus atau anjing ( Higuera, V. 2017). Beberapa penyakit berjangkit  dapat disebarkan secara tidak langsung pelbagai mekanisme seperti :

                           i.          Airborne

                          ii.          Objek yang tercemar

                        iii.          Faecal oral

                        iv.          Hubungan haiwan ke manusia

                         v.          Penyakit bawaan vector

                        vi.          Reservoir persekitaran


 

PATHOPHYSIOLOGY

Direct contact and indirect contact

          Penyakit berjangkit menular dari seseorang individu kepada individu yang lain melalui hubungan secara langsung atau tidak langsung. Individu yang telah dijangkati dengan pathogen akan menyebarkan ke individu yang lain terutamanya melalui  Penyebaran titisan (droplet). Jangkitan orang yang jangkiti menghasilkan titisan yang mengandungi virus atau mikroorganisma yang tersebar melalui cara bersin, batuk, atau menghembus nafas. 

    Penyebaran titisan (droplet) juga boleh tersebar sekiranya individu yang dijangkiti bersentuhan dengan hidung, mulut, mata, atau saluran pernafasan atas orang lain melalui tiga laluan penting utama. Yang pertama adalah penghantaran melalui udara sekiranya terdapat hubungan rapat antara orang (dalam jarak sekitar 6 kaki, kira-kira 1 m). Yang kedua adalah transmisi kontak langsung ketika dua orang berjabat tangan dan tangan yang tercemar kemudian menyentuh kawasan risiko pada orang kedua. Sumber terakhir adalah penghantaran kontak tidak langsung di mana orang yang dijangkiti menyentuh permukaan yang kemudian disentuh oleh orang kedua (Fabrizio. Z, Shezad A. N. ,2020).