salam


Sabtu, 10 April 2021

RISIKO DIET TIDAK SEIMBANG DALAM KEHIDUPAN

Karbohidrat adalah sumber tenaga yang utama dimana tubuh badan akan menggunakan karbohidrat terlebih dahulu sebelum menggunakan lemak dan otot sebagai sumber utama . Rasa “insecurities “atau rendah diri yang tercetus menyebabkan menyebabkan percaya diet tanpa mengambil karbohidrat ini merupakan jalan yang mudah untuk dilakukan, selain bersenam, ia juga tak memerlukan kos yang tinggi.

Menurut beberapa kajian, remaja dan dewasa muda mengalami eating disorder lebih banyak daripada orang tua. Dalam jantina, menunjukkan bahawa eating disorder adalah lebih tinggi di kalangan wanita yang terdiri daripada gadis dan wanita. Sekitar 90% pesakit dengan anorexsia dan 80% pesakit dengan bulimia adalah wanita dan selebihnya mengalami masalah Binge Disorder ( World Health Organization , 2018).

 Eating disorder adalah penyakit psikologi yang melibatkan perasaan yang negatif tentang makanan yang dimakan.  Ramai penghidap eating disorder ini cuba mengubati dirinya dengan mengambil alkohol, dadah, dan ubat penahan sakit sebagai jalan penyelesaian masalah.

Binge Disorder adalah keadaan dimana individu yang menderita akan sering kehilangan kawalan ke atas makannya menyebabkan seseorang individu itu makan dalam kuantiti yang banyak setiap kali makan. Secara ironinya, penderita Binge eating disorder tidak menyedari bahawa sebahagian besar kalori yang diambil akan tetap berada di dalam badan dan tidak dikurangkan dengan membuang air besar.

Bulimia Nervosa bermaksud keadaan dimana individu yang menderita takut mengalami penambahan berat badan dan merasa sangat tidak berpuas hati dengan ukuran dan bentuk tubuh mereka. Individu dengan bulimia takut dengan kenaikan berat badan dan biasanya percaya bahawa mereka harus mengekalkan imej tubuh mereka, jadi mereka akan mengeluarkan apa yang mereka makan dengan memuntahkan apa yang dimakan. Individu dengan bulimia ini biasanya mengamalkan diet yang extreme dan melewatkan makan atau tidak makan mengikut waktu dengan kerap untuk menurunkan berat badan.

Individu dengan masalah bulimia percaya bahawa mereka perlu merahsiakan tingkah laku memalukan mereka iaitu tidak makan dengan banyak daripada rakan dan keluarga mereka (National Institute of Mental Health, 2016). Orang-orang ini boleh mengelakkan makan dengan orang lain, atau sering pergi ke bilik mandi semasa atau selepas makan.

Pengambilan diet yang tidak seimbang iaitu dengan mengambil jumlah karbohidrat yang sedikit mengakibatkan kekurangan kalsium, serat, antioksiden dan phytonutrien manakala jumlah lemak, lemak tepu dan kolestrol dalam badan pula akan berlebihan. Jika diet tidak seimbang berlaku, ia boleh mempengaruhi tahap kesihatan dan emosi seseorang sehingga akhirnya boleh membawa impak negatif terhadap tingkah laku dan kehidupan.