salam


Rabu, 9 Ogos 2017

BAHANA SILENT READER YANG ANDA PATUT TAHU !


Siapa sini SILENT READER? Haa mesti tak ada siapa yang mengaku. Because silent reader will always keep be silent. 
.
JOM baca di bawah ini.
.
Silent reader adalah merujuk kepada orang yang menerima suatu info, surat, message, tips, ilmu, perkongsian, dan manfaat tetapi "tidak memberikan respond".
.
Punca sikap ni berlaku adalah bila:

A. Merasa diri tidak layak untuk respond
B. Merasa "tak perlu" pun reply
C. Merasa pemberian itu "biasa-biasa" saja (remeh)
D. Tidak memerlukan pun apa yang orang buat pada kita
E. Malu untuk bersuara sebab ramai orang hebat dalam group whatsapp
F. Malas
G. Merasakan respond atau tak, sama je
.
Apa yang kita nak tahu bukan hanya punca masalah. Apa yang lebih penting adalah kita nak tahu kesan dan cara atasinya. Setuju kan?
.
Pernah tak kita bagi salam, tapi orang tu tak jawab pun salam kita? Apa kita rasa? Marah? Malu? Geram?

Macam tu lah rasa bila kita tulis tapi yang lain jadi silent reader 😖

A. Sedih
B. Rasa tidak dihargai
C. Bertepuk sebelah tangan ke aku ni?
D. Saya terlalu jaga hal dia ke?
E. Dah tak perlu kot bagi tips pada dia
F. Dia tak mahu saya ganggu dia kut
G. Malunya nak sembang dengan orang tak mahu sembang dengan kita.
.
Pssstt, jangan sebab kita silent reader, kita kehilangan sahabat-sahabat yang sentiasa memberi manfaat pada kita. Jangan sampai kita rugi kerana mensia-siakan nikmat mendapat teguran dan perkongsian.
.
Senang je nak atasi dari jadi "Silent reader":

+ Respond walaupun lewat.
+ Hargai walau sekecil manfaat yang diberi.
+ Berterima kasih, selagi ada jasa diberi.
+ Berikan doa.
+ Paling malas pun responlah bagi emotion.

Senang kan? Tak perlu lagi mahu sombong dan malu. Ubah sekarang untuk hidup lebih bermanfaat
Sekadar pesanan untuk diri sendiri dan sahabat semua.

Fikir2kan!